Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Linda Hashim harap Beego tidak main wayang sertai tabligh

May 21, 2025 | 4:50 PM
Malaysia, Linda Hashim, Beego, cerai
Dalam satu hantaran di ‘Instagram Story’, pelakon Linda Hashim turut berharap suaminya, Beego, dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa. - Foto MSTAR

KUALA LUMPUR: Pelakon Linda Hashim berharap suaminya, Beego, istiqamah dalam tindakannya dipercayai menyertai kumpulan jemaah tabligh.

Bagaimanapun, Linda, atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41 tahun, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya turut berharap Beego menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.

“Tabligh itu sudah betul, takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqamah. Jangan wayang sahaja.

“Nafkah anak-anak, tanggungjawab pada anak-anak mana tak selesai lagi?” katanya.

Sebelum ini, tular hantaran video memperlihat suaminya, Beego, atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45 tahun, dipercayai mengikuti kumpulan jemaah tabligh.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari 2025 atas alasan sudah tiada persefahaman.

Bagaimanapun, pada 27 Mac 2023, pasangan itu pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Jelita Clarissa, 11 tahun, Anggun Cassandra, 10 tahun, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg