Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelancong mungkin terjejas dengan kenaikan cukai penginapan Jepun

Oct 22, 2025 | 2:59 PM
Kyoto, Jepun, pelancongan, cukai
Mulai Mac 2026, pelancong ke bandar Kyoto perlu membayar cukai penginapan, bergantung pada kadar bilik hotel. Pengurusan bandar itu berkata cukai tersebut, antara lain, akan membantu dalam usaha memulihara sejarah. - Foto fail

Melawat salah satu bandar terkenal di Jepun mungkin menjadi lebih mahal bagi pelancong.

Ini ekoran rancangan pihak pengurusan bandar itu menaikkan cukai penginapan hotel bagi pelawat yang bermalam di Kyoto, salah satu bandar popular di Jepun, menurut laporan antarabangsa.

Perkembangan terkini itu disahkan akan berkuat kuasa mulai Mac 2026, dengan beberapa pelancong akan menyaksikan kenaikan sebanyak 10,000 yen ($85.23) untuk satu malam.

Bayaran itu akan mengikut kadar bilik hotel.

Bilik berharga bawah 19,999 yen akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 400 yen, manakala penginapan yang lebih mewah melebihi 100,000 yen akan dikenaran bayaran sebanyak 10,000 yen.

Tempat penginapan berharga bawah 6,000 yen pula akan dikenakan bayaran 200 yen.

Menjelaskan kenaikan itu, pihak pengurusan Kyoto, dalam laman webnya, berkata:

“Cukai Penginapan digunakan untuk menampung kos yang akan meningkatkan tempat tarikan Kyoto sebagai bandar kebudayaan dan pelancongan antarabangsa dan untuk mempromosikan pelancongan.”

Laman web itu turut menyenaraikan cukai lama.

Pemerintah bandar tersebut menambah, cukai itu akan membantu memulihara sejarah Kyoto dan melancarkan “kesesakan di jalan raya dan laluan pejalan kaki”.

Cukai penginapan sebelum ini termasuk pengecualian dan pengurangan bayaran sekiranya berlaku bencana alam atau kecemasan untuk membantu pelancong jika diperlukan.

Cukai itu tidak dikenakan ke atas kumpulan sekolah.

Dikenali dengan pokok sakura, kuil dan sejarahnya, Kyoto telah lama menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong ke Jepun.

Para pelancong juga melawat bandar itu untuk meneroka, antara lain, Kuil Sanjusangendo, Pasar Nishiki dan Hutan Arashiyama.

Bilangan pelancong dari luar negara ke Jepun telah mencecah jumlah rekod sejak sekatan perjalanan Covid-19 ditarik balik. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg