Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelawak Fad Bocey akur realiti industri lawak M’sia kian suram

Jan 2, 2026 | 4:21 PM
Malaysia, pelawak, industri hiburan, Fad Bocey
Pelawak Malaysia, Fad Bocey, reda menerima hakikat perjalanan seni golongan pelawak yang semakin suram berbanding dahulu. - Foto BHM

KUALA LUMPUR: Pelawak Fad Bocey memaklumkan reda menerima hakikat perjalanan seni golongan pelawak yang semakin suram berbanding dahulu.

Fad atau Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 34 tahun, berkata sama ada mahu atau tidak, semua penggiat industri merangkumi pelawak, penyanyi, pelakon akan melalui pusingan di atas dan di bawah ibarat roda.

“Itulah sebabnya saya namakan kumpulan saya Roda ketika menyertai program realiti Muzikal Lawak Superstar tahun lalu bersama Sharif dan Naqiu.

“Kadang kita di atas kadang di bawah. Sekarang kitaran pelawak ini dah berpusing balik ke kitaran yang bawah sikit. Kami pun dah tak ada rumah sejak saluran Astro Warna ditutup.

“Jadi kalau tanya saya sekarang, semua pelawak yang saya rapatlah, masing-masing ada inisiatif sendiri untuk kelangsungan hidup,” katanya yang ditemui BH Online ketika hadir pada sidang media Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 di Setia City Convention Centre, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakan lain berusaha mewujudkan podcast sendiri serta terbabit dengan komedi berdiri (stand up) kerana ini sahaja peluang yang ada.

“Kami mungkin dah tak dapat muncul di televisyen (TV). Terus terang saya cakap, 14 tahun dalam industri, hanya setahun sekali saya muncul dalam TV. Itu pun hanya bila bertanding.

“Kadang-kadang nak kata kecil hati, memang kecil hatilah kan. Apa-apa anugerah pun tak pernah dijemput.

“Tapi tak apa. Kami bukanlah rasa macam kami ini penting.

“Tak ada masalah pun. Cuma sekarang suasana dah bertukar. Pempengaruh ramai. Jadi kita kena bersaing dengan banyak orang dan muka baru yang mendominasi industri,” katanya.

Fad berkata beliau turut mencari rezeki dengan menyertai festival jualan anjuran Havoc di pelbagai lokasi.

“Alhamdulillah... Havoc ini saya rasa rezekilah. Walaupun mungkin tak akan keluar di TV, tapi kami dah ada perancangan kami sendiri.

“Mungkin kami kena bergerak sendiri. Pergi ke negeri-negeri yang orang daripada dulu sokong kami,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fad akan menjadi pengacara rasmi Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bersama Sharif Zero dan Danial Zaini yang bakal berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 12 hingga 16 Mac ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg