Cuti sekolah September sudah tiba!
Jika anda tidak menempah penerbangan ke mana-mana dan ingin makan angin, anda tidak perlu pergi jauh. Di seberang Tambak terdapat pelbagai kegiatan menyeronokkan yang boleh dinikmati seisi keluarga.
Berikut empat kegiatan yang anda boleh lakukan.
Habiskan tenaga
di taman permainan
dalam bangunan
Terdapat banyak pusat beli-belah yang boleh dikunjungi di Johor Bahru, dan ibu bapa boleh menyelam sambil minum air dengan membawa anak-anak bermain di taman permainan dalam suasana berhawa dingin di situ.
- Fanpekka di AEON Mall Tebrau City
- Kiddytopia di Mid Valley Southkey
- Kidz Republic di Komtar JBCC
- Utopia Jungle World di Paradigm Mall Johor Bahru
Lumba dalam kegiatan go-kart
Lakukan kegiatan go-kart dalam suasana mesra keluarga yang menyeronokkan dan selamat buat kanak-kanak di KF Kiddy Circuit di pusat beli-belah Mid Valley Southkey.
Kart dan treknya telah direka agar sesuai untuk kanak-kanak tetapi mereka di bawah ketinggian 100 sentimeter perlu ditemani orang dewasa sepanjang masa.
Luang sehari di taman bertema dan taman air
Sekiranya ibu bapa mahu anak-anak menghabiskan tenaga dan ingin kegiatan lebih lasak, lawat taman bertema yang penuh dengan aksi.
Dari taman bertema kering ke basah, keluarga boleh membuat pilihan berdasarkan cita rasa masing-masing.
- LEGOLAND Malaysia di Iskandar Puteri
- Adventure Waterpark Desaru Coast
- EnerG X Park di Sunway Big Box
- Game On di Toppen Shopping Centre
Kunjung kedai buku
Hanya 20 minit memandu dari Pusat Pemeriksaan Woodlands, ulat buku boleh melawat ‘syurga’ buku BookXcess di Sunway Big Box.
Dengan sekitar sejuta pilihan berbeza boleh didapati di rak-raknya, keluarga boleh memilih buku fantasi yang sesuai bagi si cilik mahupun buku cereka buat mereka yang kian meningkat remaja.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg