Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain hon kumpulan Chicago rasa terpinggir

Sep 18, 2023 | 5:30 AM
CHICAGO: Dikenali kerana bunyi hon yang ketara dalam lagu-lagunya. Lagu ‘You’re the Inspiration’ bagaimanapun mengabaikan bunyi hon dan ia membingitkan pemain hon kumpulan itu yang sudah terbiasa menjadi bintang.
CHICAGO: Dikenali kerana bunyi hon yang ketara dalam lagu-lagunya. Lagu ‘You’re the Inspiration’ bagaimanapun mengabaikan bunyi hon dan ia membingitkan pemain hon kumpulan itu yang sudah terbiasa menjadi bintang. - Foto INSTAGRAM CHICAGO

Lagu terkenal ciptaan bersama penyanyi band Chicago, Peter Cetera, dan komposer David Foster, You’re the Inspiration, ternyata bukannya lagu yang memberi inspriasi kepada anggota band tersebut.

Ia dimuatkan dalam album terakhir Chicago bersama Cetera yang kemudian membina kerjaya solo selepas meninggalkan kumpulan itu.

Apabila Foster muncul untuk menerbitkan album band itu, beliau membuat beberapa pengubahsuaian pada bunyian Chicago.

Menurut Foster, beliau mahu band tersebut menghasilkan lebih banyak lagu yang diminati ramai dan dapat menjadi hit serta menduduki carta muzik sedunia.

Tiga anggota Chicago merupakan pemain muzik hon yang rasa terabai bagi lagu, You’re The Inspiration.

Dalam beberapa ciptaan bersama Foster dan Cetera, alat muzik mereka dikecualikan.

Perubahan pada bunyian lagu Chicago, bagaimanapun, tidak dipedulikan pendengar yang tetap seronok mendengar lagu balada cinta yang Foster ubah suai.

Mereka juga berjaya mendapatkan peminat baru dan ketiadaan bunyi hon bukan isu besar selama tiga dekad lamanya.

Bagaimanapun, Bill Champlin, yang menyertai Chicago pada 1981 memberitahu laman Songfacts bahawa pemain hon dalam kumpulan itu kurang senang dengan perubahan tersebut.

“Mereka kurang senang kerana kebanyakan lagu yang dihasilkan tidak mengetengahkan hon sedangkan Chicago adalah band yang dikenali kerana muzik honnya. Mereka menganggap sebelum ini mereka adalah bintang Chicago.

“Tiba-tiba peminat dan pendengar lagu Chicago hanya mendengar bunyi gitar dan suara sang penyanyi,” ujar Champlin.

Awalnya, lagu itu juga bukan untuk Chicago tetapi dicipta khas untuk Kenny Rogers yang menolaknya dan enggan merakamnya ke piring hitam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg