Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pemergian Mat London beri kesan buat anak seni S’pura dan M’sia

Jul 17, 2023 | 04:06 PM



Pelakon Singapura yang pernah menjadi anak didik pengarah Dr Ahmad Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Mat London, meratapi kehilangan mentor mereka.

Mat London menghembuskan nafas terakhir menyusuli pelbagai komplikasi penyakit di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat lalu.

Dalam satu catatan Instagram, pelakon Singapura, Mariana Yati, menganggap Mat London sebagai guru yang memberi inspirasi dan baik hati sewaktu beliau menghadiri kursus seni yang dikendalikan di Kuala Lumpur.

“Beliau benar-benar seorang individu yang luar biasa dan menjalani kehidupan yang hebat. Kehadirannya memberi impak yang mendalam kepada orang ramai, dan saya bersyukur kerana menjadi salah seorang daripada mereka (yang berpeluang mencedok ilmu daripadanya).

“Beliau juga seorang mentor yang berinspirasi. Bimbingan dan kebijaksanaannya sangat berharga dan saya akan sentiasa menghargai peluang yang saya miliki untuk mengenali beliau,” tambahnya, yang memuatnaikkan fotonya bersama Mat London di Instagram disertai rakan artis lain seperti Hashimah Hamidon, Eddy Ali dan Rozita Abu.

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, dalam pada itu menyifatkan Allahyarham Mat London sebagai seorang individu yang sangat merendah hati, mudah berkawan dan sangat mudah didekati.

Walaupun mempunyai perbezaan usia lima tahun dengan arwah, namun Datuk Yusof berkata Mat London tidak pernah merasakan dirinya lebih senior dan hebat daripada orang lain.

“Ketika anak saya buat filem pun dia pernah cakap pada saya kena gilap bakat mereka. Dia juga pesan industri filem perlu anjakan dan orang lama perlu bagi peluang pada anak muda.

“Saya masih ingat semasa kejayaan tiga filem Syamsul, dia adalah antara individu yang mengagumi anak saya dan cakap Syamsul ada bakat besar,” katanya yang mengenali arwah, yang pernah bekerja di sebuah syarikat periklanan, pada awal tahun 1980-an.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >