Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pemenang Kreatif Pesta Perdana 2023

Pengarah drama ‘Identiti’, Zaini Nasser julang Anugerah Arahan Terbaik

Menang dalam kategori seiring pengarah mapan, selepas tiga kali terima hadiah Suntingan Terbaik
Jun 12, 2023 | 04:55 PM



Percubaan sulung Zaini Nasser mengarah drama ‘thriller’ saspens tentang pencuri identiti bagi drama Mediacorp Suria, Identiti, ternyata berhasil apabila beliau dinobatkan sebagai pengarah terbaik (drama) pada malam pengiktiraf karyawan kreatif Pesta Perdana 2023, Jumaat lalu.


Zaini, 39 tahun, yang sebelum ini telah tiga kali berturut-turut memenangi Anugerah Suntingan Terbaik (Drama) pada 2017 (Anak Bulan), 2019 (SR115) dan 2021 (Raksasa) berjaya dalam kategori yang mengetengahkan pengarah berpengalaman, Muhammad Mahfuz Mazlan (Bidadari), Faisal Ishak (Dilema Dania), M Raihan Halim (Identiti) dan Jeevan Nathan (Korban).


“Saya memang tidak menduga akan menang dalam kategori ini sebab yang dicalonkan bukan calang-calang termasuk mentor saya sendiri, Raihan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi saya ruang dan peluang mencuba sesuatu yang baru setelah sekian lama menyunting drama.

“Mengarah buat kali pertama tidak sepi daripada kesulitan yang perlu saya hadapi dengan tabah. Kadangkala kerana kompleksiti jalan cerita, ia boleh menimbulkan tekanan sebagaimana yang saya hadapi dalam satu projek eksperimental seperti Identiti,” jelasnya yang berpengalaman mengarah projek filem ringkas yang diusahakan secara peribadi.


Zaini ditemui Berita Harian di acara majlis makan malam perdana yang berlangsung dengan penuh gah dan meriah di JW Marriott Hotel Singapore South Beach.


Beliau yang merupakan lulusan Diploma Teknologi Berbilang Media Digital, menyamakan pengalamannya mengarah ibarat ingin baru belajar berenang tetapi dicampak ke dalam lautan luas lagi dalam.

“Saya macam dicampak jauh-jauh dalam satu perjalanan yang buat saya langsung tenggelam. Alih-alih dalam proses belajar, diberi amanah besar. Identiti bukanlah drama biasa yang kita selalu tonton.


“Ada usaha keluar dari zon selesa dan kita harus fikirkan soal nilai jalan ceritanya dan sinematografi sekali gus. Bagi saya, ia satu projek yang mendorong saya naik tarafkan diri dan majukan diri saya daripada kebiasaan.

“Apabila kita usahakan kemajuan, itulah yang kadangkala menimbulkan stres untuk penuhi sesuatu jangkaan,” tambahnya lagi.

Ingatan Zaini adalah pada orang-orang yang selama ini banyak mendorongnya dalam bidang arahan. Raihan, jelasnya, banyak memberi nasihat. Begitu juga Sani Hussin.

“Saya bermula sebagai penyunting bersama syarikat suntingan yang boleh dikatakan pengasas suntingan program televisyen Melayu, Baha Video. Dari situ, saya banyak belajar teknik suntingan dan diberi kepercayaan dan bermacam pengalaman menarik.

“Rezeki saya bersama syarikat penerbitan Papahan yang diusahakan Raihan. Di situ, saya menang tiga piala Pesta Perdana untuk suntingan. Kini, saya terlibat dalam projek Chiron yang akan mulakan penggambaran Ogos ini.


“Chiron adalah nama Tuhan dalam mitos Yunani. Drama kali ini adalah tentang hospital ‘underground’. Rasanya ia akan lebih memberi stres untuk saya mengarah... jalan ceritanya lebih kompleks daripada Identiti.


“Banyak yang saya belajar dalam pekerjaan meskipun apa yang saya pelajari di sekolah tidak begitu kena mengena dengan bidang perfileman kini. Sewaktu di sekolah dahulu, saya lebih condong mempelajari teknik pemprograman Java,” tambahnya.

Raihan pula menyifatkan Zaini sebagai generasi pengarah pelapis yang dicari-cari persada seni di Singapura.

“Kebiasaannya, kita ada Mahfuz, Faisal, Jeevan dan diri saya sendiri. Melihat keinginan Zaini mengarah, saya dan rakan-rakan terfikir mengapa tidak memberinya peluang? Sudah lama dia ingin mencuba sesuatu yang baru di luar dunia suntingan.

“Ternyata, ini adalah percubaan sulung yang berbaloi dalam kita membangun generasi pelapis dalam bidang arahan yang kreatif memikirkan idea baru dalam mengolah dan memaparkan jalan cerita agar menarik lebih ramai penonton,” kata Raihan.

Ini merupakan kali pertama Pesta Perdana mengadakan majlis dua bahagian – yang pertama memberi pengiktirafan buat karyawan kreatif dan pada 17 Jun pula, malam utama yang menjulang pelakon dan selebriti di Teater Mediacorp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >