Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengarah M’sia, Erma Fatima, kesal isu buli siber sukar dibendung

Aug 11, 2025 | 4:06 PM
Pengarah Malaysia, Erma Fatima, mendesak pihak berkuasa segera bertindak terhadap pelaku kes buli siber sebelum berlaku perkara tidak diingini.
Pengarah Malaysia, Erma Fatima, mendesak pihak berkuasa segera bertindak terhadap pelaku kes buli siber sebelum berlaku perkara tidak diingini. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Pengarah Malaysia, Erma Fatima, 57 tahun, kesal dengan gejala buli siber dalam kalangan masyarakat sekarang yang seakan-akan sukar dibendung.

Perasaan ini diluahkan Erma atau nama sebenar, Fatimah Rahmad Ali, menerusi media sosial.

“Apa nak jadi dengan mereka yang suka maki hamun, fitnah bermaharajalela, henyak orang dalam ‘socmed’ macam hebat sangat.

“Ada yang sampai telanjangkan orang tanpa ada belas kasihan. Mana pergi ihsan korang? Takkan gelap sangat hati sampai hilang semua belas kasihan pada orang lain. Socmed ini sudah macam kenduri kecam... Fitnah korang jadikan. ‘Team up’ bantai orang,” katanya.

Menerusi kirimannya, Erma turut mendesak pihak berkuasa segera bertindak sebelum berlaku perkara tidak diingini, lapor Berita Harian Malaysia.

“Takkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) hendak tunggu ada orang ‘report’ baru nak ambil tindakan atau tunggu ada yang mati kerana ‘depression’ (murung) dan ‘mental torture’ (seksa mental) baru hendak selidik.

“Cuba jenguk-jenguk sikit socmed yang sedang ‘kenduri’,” tulisnya yang mengharapkan tindakan segera pihak berkuasa bagi menangani isu buli siber.

Menerusi kiriman sama, Erma memuat naik video kejadian buli siber membabitkan beberapa selebriti, pempengaruh, Allahyarhamha Zara Qairina, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dan lain-lain.

Turut disertakan adalah statistik kes buli siber di Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg