Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pengorbanan rakam, arah dan sunting drama ‘Korban’ berbaloi

Jun 21, 2023 | 01:56 PM



Walaupun berdepan dengan halangan bahasa, penerbit eksekutif dan pengarah, Jeevan Nathan dan penulis dalam talian, Vinesa Jayaselan, yang bekerjasama untuk menghasilkan lapan episod siri drama ringkas, Korban, berjaya dicalonkan untuk kategori Suntingan Terbaik pada Pesta Perdana 2023 baru-baru ini.


Korban kemudian berjaya meraih Anugerah Videografi Terbaik menerusi juruvideo Roszali Samad dan Kelly Chen pada majlis pengiktirafan karyawan kreatif di Hotel JW Marriott Singapore South Beach.


“Semasa ia dirakam, kami tidak menyangka halangan bahasa menjadi isu besar kerana ceritanya mudah dihadam. Semasa proses penyuntingan di mana kami memotong keratan video, kami bagaimanapun tahu apa yang sepatutnya kami capai,” kongsi Vinesa daripada Monochromatic Pictures.

Jeevan menekankan bahawa mereka tidak begitu memikirkan soal bahasa Melayu yang bukan bahasa ibunda mereka kerana kerja kreatif itu benar-benar menyentuh mengenai perasaan si watak dan usaha mengemukakannya dengan cara yang betul.

“Saya sangat percaya pada pelakon, penyunting dan pasukan penulis saya dan ambil tahu juga apa yang mereka lakukan.

“Selain itu, baik untuk kami berada di ruang bukan digital di mana kami terikat dengan tempoh ketetapan televisyen.

“Ia memberi kami kebebasan untuk menceritakan kisah yang lebih baik dan menyeluruh kerana beberapa episod akan lebih pendek atau lebih panjang tempohnya,” tambah Jeevan yang juga dari Monochromatic Pictures dan berpengalaman dalam industri penerbitan Singapura selama 20 tahun.

Korban, drama yang disiarkan pada 2021, menceritakan kisah Aisyah, ‘sous-chef’ – penolong ketua jurumasak – yang gigih, namun tersepit di persimpangan dilema selepas kematian ibunya, Tania.


Adakah hidangan istimewanya akan mendapat tempat di restoran New Zealand dan beliau boleh perkukuh hubungan dengan tunangnya di sana? Ataupun beliau akan kekal di Singapura dan menjalin semula hubungan dengan bapanya, Rahim?

Drama ini meninjau sejauh mana Aisyah sanggup berkorban demi cinta.

“Cerita itu akhirnya mengenai pengorbanan tetapi bukan dalam aspek agama. Ia lebih banyak mengenai impian dan pengorbanan yang kami lakukan untuk mengejar impian serta memecahkan tanggapan tentang naratif kejayaan,” kata Jeevan.

Dengan tajuk yang menggambarkan erti pengorbanan, kru dan pelakon siri itu juga terpaksa melakukan banyak pengorbanan semasa tempoh penerbitan kerana ia difilemkan semasa pandemik.

“Kami terpaksa merakamnya dari jauh dengan dua pasukan berbeza di New Zealand dan di Singapura. Kami mengarahkan keseluruhan adegan New Zealand melalui hantaran video ‘live’ dan ia memang satu cabaran untuk menyelaraskannya,” ujar Jeevan.

Banyak masa dan waktu rehat telah dikorbankan untuk memastikan setiap langkah proses penerbitan Korban dikemudi dengan baik bagi memastikan hasil yang padu.


“Mendapat pencalonan adalah suatu pencapaian bagi kami meskipun tidak menang. Segalanya bukan tertakluk pada jumlah pencalonan yang diterima tetapi lebih kepada sinergi kerjasama pelakon dan kru. Semua orang ingin menang tetapi tak mengapa kalau tiada rezeki,” dedah Jeevan.

Roszali, yang berpengalaman dalam bidang videografi, pula berkata merakam Korban membawa cabaran tersendiri memandangkan pihaknya perlu selaraskan keratan video yang diambil dengan pasukan juruvideo di New Zealand agar peralihan babak tidak kelihatan janggal.


“Kami juga berurusan dengan pelakon utama, Rae Saleha, yang masih baru dan menjalani penggambaran drama buat kali pertama. Banyak yang perlu disesuaikan tetapi alhamdulillah, Rae jenis yang dengar kata, suka berkongsi dan tidak teragak-agak bertanya.

“Ia memudahkan kerja kami dan kami tumpang bangga Rae menang Anugerah Pelakon Terbaik dalam Festival Web New Zealand dalam kategori naratif antarabangsa..

“Beliau juga finalis bagi kategori Persembahan Terbaik Pelakon Wanita dalam Pesta TV dan Filem New York serta Persembahan Terbaik Pelakon Wanita Utama (Kategori Digital) dalam Anugerah Televisyen Asia,” ujar Roszali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >