Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penulis skrip kerja keras mesrakan penonton dengan warisan Melayu

Netty Fiona Othman terima Anugerah Skrip Terbaik (Hiburan) untuk program khas pelancaran Bulan Bahasa
Jun 23, 2023 | 12:30 PM



Sudah tiga anugerah dalam genggamannya, termasuk Anugerah Skrip Terbaik (Hiburan) bagi program khas Pelancaran Bulan Bahasa 2022 baru-baru ini.

Namun bagi penulis skrip kanan, Mediacorp EagleVision, Cik Netty Fiona Othman, perjalanan penulisan seninya masih jauh dan masih banyak lagi perlu dipelajari untuk terus mencapai kejayaan cemerlang.

Antara kemenangan yang telah diraih sebelum ini adalah bagi Pesta Perdana 2019 untuk rancangan Sinar Lebaran, serta rancangan Suria Elektra 2020 yang berlangsung sewaktu pandemik.

Berkongsi pengalamannya sesudah majlis penyampaian anugerah diadakan di Hotel JW Marriott Singapore South Beach baru-baru ini, Netty anggap menyiapkan skrip untuk program pelancaran Bulan Bahasa memang mencabar.


Bagaimana ingin pastikan program berunsur bahasa itu ditonton ramai yang rata-rata lebih cenderung pada rancangan hiburan? Bagaimana menarik anak muda mencintai bahasa dengan menonton program ini? Itulah antara soalan yang bermain di mindanya.

Banyak penyelidikan dan konsep menarik yang perlu dipamerkan seperti puisi lama atau pantun. Baginya, rancangan tersebut bukan setakat menghiburkan, bahkan bertujuan memperjuangkan penggunaan dan martabat Bahasa Melayu di negara ini.

“Dalam perancangan awal bagi acara Bulan Bahasa ini, kami ingin menyelitkan khazanah bahasa Melayu kita, seperti syair Melayu. Namun pantun menjadi pilihan utama kerana ia lebih diminati dan masih mendapat tempat di hati masyarakat di sini.

“Apabila kami menggalakkan penonton berbalas pantun, ternyata ramai yang membeli (menyambut) pantun yang dijual.  Sekali gus sambutan mereka ini dapat menyumbang pada program yang interaktif dan sungguh menarik di antara kededua pihak, dan bersambut-sambutan. 

“Walaupun kami menyediakan rangkap pantun sebagai pembayang maksud untuk dijual, namun saya amat berbesar hati kerana ramai yang memberi sambutan dan di antara mereka ini terdiri daripada guru Bahasa Melayu, pakar linguistik dan pejuang serta penggiat bahasa ibunda kita.

“Ramai yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini sebenarnya tetapi kerana kesuntukan waktu rakaman, kami terpaksa, mengehadkan jumlah peserta,” jelas Cik Netty.

Program itu turut melibatkan artis muda seperti Qis Maraj dan Syaz Smooth yang kian dikenali di persada hiburan kerana bakat nyanyian dan lakonan mereka.

Baginya, ilham untuk menulis datang daripada pelbagai sudut dan persekitaran. Ada juga proses pemikiran yang mengambil waktu yang lama, ada juga disiapkan dalam jangka masa yang cepat, sehinggakan Cik Netty terasa seperti lipas kudung.

“Kadangkala, apabila tiada ilham yang datang, komputer riba saya akan jadi kosong... dan saya akan mengambil sedikit waktu untuk berehat. Tapi, jika idea dah tiba, saya boleh menghasilkan dan selesai penulisan untuk satu naskhah skrip dalam empat atau lima jam secara berterusan. Bagi saya, tiada istilah masa yang sesuai atau bertepatan dan tiada proses tertentu sebenarnya.

“Yang penting, untuk sesuatu projek penulisan skrip, saya akan fikirkan dulu kandungan yang perlu diketengahkan dan berbincang dengan penerbit. Saya juga berterima kasih kerana saya dikelilingi pasukan yang begitu menyokong dan bersedia untuk memberi dan menerima pendapat dan maklum balas dengan tangan terbuka. Kerja berpasukan itu paling penting,” kata beliau dengan ceria.

Cik Netty juga berkongsi pendapat mengenai cabaran yang perlu ditanganinya di era globalisasi dan arus media sosial seperti mempelajari lingo yang digunakan orang muda seperti di TikTok.

“Memang kita perlu mengikuti arus semasa. Jika untuk menyiapkan skrip dalam konteks orang muda atau remaja, kita perlu menggunakan bahasa urban (moden) untuk lebih menjiwai dan terasa lebih dekat dengan golongan ini,” tambahnya.

Ditanya bagaimana cara beliau menguasai penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris dengan begitu baik, ini jawapannya secara berseloroh:


“Setiap kali saya menonton drama Korea atau bahasa lain, yang mempunyai sari kata dalam bahasa Inggeris, saya akan membacanya sepintas lalu dan secara tidak langsung, akan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Memang pelik tapi ini adalah sebahagian daripada rutin yang saya gemar lakukan. Dah jadi kebiasaan pun.”

Walau jiwa seninya dan penulisan begitu dekat di hati, Cik Netty sebenarnya lebih condong pada mata pelajaran sains sewaktu bergelar pelajar.

“Saya budak sains, ambil diploma pun dalam bidang berkenaan. Saya memang mesra teknologi maklumat. Jadi ia tetap membantu kalau ada teman sepejabat yang komputernya rosak atau mengalami masalah teknikal pada sistem yang digunakan, mereka tahu siapa nak cari,” jelasnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >