Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sahut cabaran sunting drama, jaya bawa piala kedua

Jun 12, 2023 | 05:55 PM



Tugas menyunting dokumentari dan program infohiburan dekat di hati Rein Zahrein.

Bagaimanapun, apabila diberi amanah menyunting telefilem Hari Raya Haji, Tiga Hari Ke Korban, Rein, 33 tahun, tidak menolak meskipun banyak perkara bermain di benaknya.


Langkah berani mencuba sesuatu yang baru dalam bidang suntingan drama dan telefilem membuka pintu rezeki buatnya bagi ibu seorang cahaya mata berusia dua tahun dan sedang menanti kelahiran seorang lagi dalam tiga bulan.

Pada Jumaat, Rein memenangi Anugerah Suntingan Terbaik (Drama) pada acara makan malam perdana karyawan kreatif sempena Pesta Perdana yang berlangsung di JW Marriott Hotel Singapore South Beach.

Turut dicalonkan dalam kategori itu adalah Syahidah Zainudin (Dilema Dania); Aliza Wan dan Salimi Ahamadi (Distopia); Rohaidah Rashid (Identiti) serta Vinesa Jayaselan dan Jeevan Nathan (Korban).


“Dari usia 12 tahun, saya memang menyedari minat terhadap bidang suntingan sehinggakan saya tahu apa yang boleh saya ceburi apabila saya masuk ke politeknik dan sesudah peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’.

“Saya ambil kursus Diploma Filem, Bunyian dan Video serta fokus pada pengkhususan dalam bidang suntingan sebelum bekerja dalam bidang suntingan selama 12 tahun. Saya bersama syarikat penerbitan The Moving Visuals buat tempoh yang lama, setia dari dahulu sampai sekarang.

“Dalam pada itu, saya diberi peluang menulis skrip bagi rancangan infohiburan, Cantik Detektif malah pernah menang Anugerah Penulisan Skrip Terbaik bagi Pesta Perdana.


“Lantaran itu, apabila berpeluang dinobatkan sebagai pemenang Suntingan Terbaik untuk Tiga Hari Ke Korban, saya amat bersyukur sebab bukan mudah menyunting drama.


“Kita perlu tahu di mana nak berikan impak untuk ‘punchline’ atau bahagian yang melucukan. Saya dibimbing pengarah, Mahfuz Mazlan. Kalau bikin suntingan dokumentari, caranya berlainan.

“Mahfuz kata kadangkala suntingan saya nampak terlalu dramatik. Jadi beliau usulkan bahagian tertentu dipotong lagi. Sebab kita nakkan impak bukan hanya komedi. Lama-kelamaan, jadi terbiasa. Kadangkala suntingan dibuat tak terasa pun penonton ada bahagian yang dipotong,” ujar Rein.

Beliau juga gembira antara program yang dekat di hatinya seperti, Cantik Detektif dapat dikembangkan hingga musim kelima.


“Saya juga terlibat dalam kerja menulis skrip dan menyunting untuk musim kali ini. Banyak yang dipelajari apabila program ini memerlukan kerjasama dengan pelbagai negara. Nak kena fikirkan soal bajet, logistik dan makanan halal.

“Kita yang menulis skrip pun harus peka pada keperluan pengarah dan pengacara serta kru. Di Jepun sahaja kita lihat pengarah Mahfuz dan pengacara Huda Ali perlu banyak naik bukit. Kita perlu usahakan sesuatu yang memudahkan urusan mereka,” tambah Rein.

Setelah sekian lama bertugas dalam bidang penerbitan, beliau bersyukur mendapat suami yang memahami kerana bekerja dalam bidang yang sama.

“Tak semua orang faham kerja penerbitan yang memerlukan komitmen di luar waktu kerja pejabat dari 9 pagi sampai 5 petang.

“Zaman anak dara dahulu, saya pernah tidur di pejabat untuk bereskan kerja saya. Ibu bapa saya juga tidak memahami mengapa saya harus luangkan masa begitu lama dengan kerja.

“Alhamdulillah, suami yang dahulu bertugas di syarikat yang sama tahu akan tuntutan tugas penerbitan. Kami malahan saling mendorong dengan saya mengubah suai waktu kerja saya memandangkan saya sudah mempunyai amanah menjaga anak dan rumah tangga kini,” katanya. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >