Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi Malaysia Bunga ‘terpaku’ jadi pilihan konsert Coldplay

Jun 14, 2023 | 05:00 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi Bunga Isme atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini, 23 tahun, akan menyertai kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay bagi memeriahkan siri konsert jelajah, Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 22 November depan.


Meskipun penyertaannya dipertikaikan ramai peminat, Bunga berkata beliau menerima dengan hati terbuka dan berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik.

“Saya baca komen dalam laman sosial selepas pengumuman saya bakal membuat persembahan di konsert Coldplay dimuat naik.

“Jadi, saya tahu ramai yang mempertikaikan pemilihan saya, ada juga menantikan persembahan malam kedua Coldplay di Malaysia.

“Saya tahu pastinya isu ini akan timbul. Disebabkan itu, saya gementar dan sangat berharap boleh buat yang terbaik supaya penonton tidak merasakan mereka sia-sia menonton persembahan saya.

“Menerusi persembahan itu, saya berharap mampu menghapuskan persepsi seperti saya masih baru dan sebagainya. Saya mahu ramai yang menonton persembahan saya menyedari saya boleh memberikan persembahan yang terbaik,” katanya kepada BH Online.

Bunga sendiri tidak tahu mengapa dipilih oleh pihak penganjur konsert menerusi tawaran yang diberikan kira-kira dua bulan lalu.

“Masa kali pertama saya dapat tahu akan membuat persembahan di konsert Coldplay, saya memang tak tahu nak cakap apa. Memang sangat bersyukur sebab ini adalah salah satu persembahan paling besar membabitkan 80,000 penonton.

“Dalam teruja, saya lebih kepada gementar dan risau. Adakah saya mampu buat yang terbaik, jadi saya harap mampu menunjukkan bakat saya dalam konsert gergasi ini.

“Jujurnya, saya sendiri tidak tahu saya dipilih atas dasar apa, tetapi rezeki tidak pernah salah alamat,” katanya.

Kata Bunga, beliau akan menyampaikan dua lagu pada konsert tersebut bersama ‘live band’ pilihannya, namun masih belum melakukan latihan kerana sedang sibuk dengan pengajiannya.

“Persembahan pembukaan ini dijangka akan berlangsung selama 20 minit dan kami tak sempat memilih lagu lagi. Tetapi, antara lagu yang saya pilih ialah Buai dan Intan Payung.

“Kenapa saya pilih Intan Payung juga adalah mempromosikan budaya Melayu kepada peminat Coldplay yang datang sebab kita tahu, mungkin yang datang dari pelbagai negara.

“Namun, dari segi persediaan saya belum lakukan apa-apa lagi kerana bulan ini dan bulan hadapan saya sibuk dengan pengajian ijazah. Mungkin selesai peperiksaan akhir selepas Aidiladha barulah saya boleh fokus dan mulakan latihan,” katanya.

Konsert Music Of The Spheres World Tour akan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan.

Sebanyak 85,000 tiket sudah habis terjual. Konsert siri jelajah itu juga bakal dianjurkan di negara Asia seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >