Penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim, telah selamat diijabkabulkan dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tengku Eddy Nasruan.
Pernikahan tersebut dikongsi Jeslina menerusi hantaran di Instagramnya.
“100822024 (tarikh 10 Ogos 2024),” tulisnya ringkas, sambil disertakan dengan foto-foto majlis persandingan.
Pada November 2023, Tengku Eddy memuat naik hantaran meluahkan rasa bahagia bersama Jeslina dan memberitahu tarikh ulang tahun perhubungan mereka bakal bertukar pada 2024.
Jeslina, yang dikenali dengan lagu, Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, pernah pada mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 2005 namun pasangan itu bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 16 tahun, dan Keira, 14 tahun.
Jeslina pernah membintangi beberapa filem pada awal 2000-an termasuk Idola, Aku Kaya The Movie dan Iskandar.
Beliau kini lebih aktif dalam bidang fesyen dan mempunyai perniagaan aksesori dengan jenama Bhatoo by Jeslina Hashim.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg