Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyanyi Nora masih di ICU tapi stabil

Nov 15, 2023 | 5:41 PM
STABIL WALAU DI ICU: Keadaan penyanyi Datuk Nora Ariffin stabil walaupun masih dirawat di unit jagaan rapi (ICU) di pusat perubatan swasta Hospital KPJ Kajang.
STABIL WALAU DI ICU: Keadaan penyanyi Datuk Nora Ariffin stabil walaupun masih dirawat di unit jagaan rapi (ICU) di pusat perubatan swasta Hospital KPJ Kajang. - Foto INSTAGRAM DATUK NORA ARIFFIN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 50 tahun, masih dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) di pusat perubatan swasta akibat sesak nafas tetapi dalam keadaan stabil.

Menurut suami penyanyi itu, Dr Rushdi Ramli, keadaan Nora tidak membimbangkan.

“Alhamdulillah, keadaan Nora stabil dan tidak membimbangkan. Dia juga dalam keadaan sedar.

“Mohon doakan agar isteri saya diberikan kesembuhan,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Pada Isnin lalu, satu tangkap layar yang dipercayai hantaran suami penyanyi lagu, Di Persimpangan Dilema, itu memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan isterinya.

“Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas semua,” tulis tangkap layar yang dikongsikan penyanyi Datuk Wan Aishah Wan Ariffin di akaun Instagramnya.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat demam panas.

Penyanyi itu kemudiannya mengalami sesak nafas sekitar 4 pagi dan dipindahkan ke ICU.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg