Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi Tia Jinbara meninggal dunia kerana barah hati

Alumni Gegar Vaganza ini hembus nafas terakhir selang dua minggu Bad Indigo pergi
Nov 09, 2023 | 02:58 AM



Seminggu yang lalu, vokalis kumpulan Jinbara, Tia Jinbara, atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, mengadu sakit perut yang melampau dan kesukaran bernafas.

Penyanyi berusia 53 tahun itu dikejarkan ke Hospital Shah Alam dan disahkan menghidap barah hati yang memerlukan pembedahan segera.

Isterinya, mantan wartawan Berita Harian Malaysia (BHM), Suzan Ahmad, kemudian memberitahu media seberang bahawa suaminya memerlukan RM250,000 ($71,482) untuk pembedahan tersebut pada Selasa.

Pembedahan itu adalah bagi mengelak sel barah daripada terus melarat dan merebak.

Dalam perkongsian Facebook Suzan, sebanyak RM11,000 berjaya dikumpulkan bagi menjalankan pembedahan Tia di India.

Sungguhpun begitu, manusia hanya mampu merancang. Pada kesudahannya, Allah yang menentukan.

Tia, yang juga finalis dan alumni peraduan realiti kegemaran ramai, Gegar Vaganza (Musim Keempat) pada 2017, menghembuskan nafas terakhirnya pada 9.17 malam Rabu.

Berita ini disahkan Suzan kepada media.

Tia terkenal sebagai vokalis Jinbara yang ditubuhkan pada 2000. Ia menghasilkan enam album dengan beberapa lagu terkenalnya termasuk Farhana, Tolong Orang Tipu Orang dan Kasihnya Laila.


Pemergiannya membuatkan beberapa selebriti terkesan. Antaranya adalah juara GV4, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin.

Dalam catatan Instagramnya, Aishah menulis:

“Perkhabaran duka kembalinya Tia Jinbara kepada Pencipta-Nya. Beliau seorang yang baik dan selalu tenang sepanjang perkenalan kami. Banyak kenangan di belakang pentas duduk bersama pasangan masing-masing ketika itu, menunggu giliran semasa GV4 dulu.

“Masa berlalu begitu cepat, giliran kita akan menjelang juga. Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari kami.”

Tia adalah alumni GV yang meninggal dunia selang dua minggu selepas pemergian seorang lagi bekas peserta GV, Bad Indigo.

Selain mereka, peserta GV lain yang telah menyahut panggilan Illahi termasuk Siti Sarah Raisuddin, Datuk Nassier Wahab, Mynaliza Roslee (Maya Matahari), Gmie Screen dan Adibah Noor.

Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Tia. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman dan dirahmati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >