Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘IBU GLAMOR’ DRAMA TV

'Perang Kuih Tart' sentuh keikhlasan bersahabat

Peranan selaku ibu yang pernah dimainkan dramatis veteran seperti Jorah Ahmad, J. Rosmini, Pon Bachik dan Jainon Pari adalah yang kini digalas dramatis masa kini, Junaidah Eksan dan Rosita Hussin. Namun, mereka mewakili golongan ibu masa kini yang berkerjaya dan berwawasan serta tampil dengan semangat baru di kaca televisyen anda. BERITA HARIAN melaporkan kisah kededuanya. Junaidah Eksan selesa jadi mak dalam 'Manisan Syawal'
May 01, 2023 | 05:30 AM



KEINGINAN untuk berlakon dengan dramatis veteran Jorah Ahmad terpahat di hati pelakon Singapura dan deejay sambilan Warna 942, Junaidah Eksan, sejak mula berkecimpung dalam bidang seni lebih empat dekad lalu.



Mengenang semula pengalaman berlakon dengan Jorah dalam drama Nenek, Junaidah, 50-an tahun, yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata:



"Sejak saya masuk 'Sandiwara' (slot drama televisyen), saya nak sangat berlakon dengan Kak Jorah.



"Saya terkejut sebab dia boleh menangis dan kemudian ketawa...selepas itu, sambung nangis lagi.



"Apabila Kak Jorah dalam karakternya, dia bukan lagi Jorah Ahmad. Saya tertanya-tanya dalam hati saya, 'Boleh ke aku buat macam ni bila aku berlakon?' Mesti payah.



"Kerana beliau mempunyai cara lakonan tersendiri, kita yang baru berurusan dengannya ketika itu perlu bersabar dengan caranya tetapi alhamdulillah, saya dapat belajar sedikit sebanyak apabila berlakon dengannya."



Menurut Junaidah, beliau amat menghormati pelakon veteran yang sering menjadi ibu di layar televisyen seperti Rugayah Haron, J. Rosmini dan Hamidah Salim.



"Sekarang ini, giliran saya yang dah berusia '50 sen' ini pula diberi watak mak-mak. Dah tak ada 'chance' nak bawa watak si anak dara yang belum kahwin lagi.



"Cuma saya selalu terkilan tak pernah dapat suami untuk watak di televisyen. Kebiasaannya, saya jadi wanita bujang, janda atau yang tunggu-tunggu suami tak pulang atau hilang entah ke mana.



"Jadi kali ini, untuk telefilem Hari Raya, Manisan Syawal, saya tanya-tanyalah kalau saya 'diberi' suami. Mereka kata tekalah...rupa-rupanya Hasnul Rahmat jadi suami watak Farah yang saya bawakan.



"Terkejut sebab Hasnul bukan calang-calang dan berlakon di Malaysia. Di sebalik segalanya, orangnya merendah hati dan senang untuk berbincang dan bekerjasama untuk perbaiki apa jua kekurangan dalam lakonan kami bersama.



"Lebih mengejutkan, dia masih ingat saya dan Rosita Hussin yang pernah ditemui di Festival Teater Remaja ketika kami belasan tahun dulu. Boleh ingat juga peranan yang kami bawa ketika itu," jelasnya.



Junaidah, justeru, berharap generasi pelakon muda akan juga tidak berat mulut bertanya kepada pelakon berpengalaman tentang cara memperbaiki seni lakon mereka.



Beliau senang bekerjasama dengan Rae Saleha dan Zhin Sadali, bakat baru yang ramah dan tidak kekok bertanya serta suka mengamati keadaan sekeliling.



Bagi membuatkan mereka selesa di set, Junaidah mengizinkan mereka memanggilnya 'Mama' atau 'Mummy' dan bukannya 'Aunty' atau 'Kak Jun'.



"Saya harap mereka yang akan menggantikan kami dan membawa watak ibu nanti bersedia perluas kemahiran berlakon dengan mencuba pelbagai watak," katanya.



Apabila diberi watak seorang ibu yang terjebak dengan 'perang kuih tart' bersama sahabat baiknya yang dikatakan 'mencuri' resipinya dan mengubahsuainya untuk memintas perniagaannya, Junaidah menganggapnya menarik sebagai refleksi diri.



"Manisan Syawal ini mengisahkan tentang sahabat baik atau 'BFF' dari zaman sekolah yang sudah menjalin persahabaan selama lebih 30 tahun. Mereka akan pakai baju sama dan tudung sama.



"Tapi semuanya berubah selepas si Lina (watak Rosita) yang merupakan pengurus hotel 'have-have' (berkedudukan mewah) dibuang kerja, persahabatan mereka mula goyah.



"Lebih menyukarkan keadaan apabila anak masing-masing sebenarnya menjalin hubungan cinta ketika belajar di Australia," cerita Junaidah.



Menyentuh tentang isu persahabatan yang menjadi teras Manisan Syawal, Junaidah berkata sesudah berusia 50-an tahun, lebih tidak manis jika terjebak dalam pergaduhan sesama teman.



"Saya mempunyai ramai teman daripada pelbagai latar belakang. Sebab saya bekerja di lapangan terbang dan merupakan deejay sambilan, alhamdulillah kenalan ramai.



"Sahabat dah saya anggap macam adik-beradik sendiri. Apabila dengar sahabat baik gaduh-gaduh, kadang suka dan kadang tak suka, risau pula.



"Bagi saya, persahabatan datang dengan keikhlasan. Kalau suka, 'Like'...tak suka macam lagu Alyph Swipe, silalah 'swipe'.



"Apa niat berkawan? Saya dan Rosita sudah kenal lama tapi taklah sampai setiap minggu nak berjumpa walaupun kami simpan nombor telefon masing-masing.



"Kalau bertemu di set, kami boleh berkongsi apa jua perkara untuk pengetahuan kami sahaja serta saling menasihati.



"Saya tak suka kawan yang bermuka-muka. Lebih baik tinggalkan teman toksik. Tapi pada usia sebegini, saya dah tak kisah lagi. Jadi saya tak pening-pening sebab orang tenang selalu menang," ujar Junaidah lagi.



Menyentuh tentang sambutan Raya yang lalu, ibu dua anak ini berkata ia disambut secara sederhana dengan memenuhi permintaan ibu bapanya seperti harapan bapanya untuk dibawa ke rumah sahabat lama.



"Masa saya buat mereka selagi mereka masih ada. Anak sulung saya pun berjauhan dan tidak dapat beraya dengan saya dan isteri yang dinikahi tahun lalu. Pada Ogos atau September ini, baru beliau pulang.



"Selalunya saya bertugas di radio pada Hari Raya pertama kecuali tahun ini. Bab tak boleh tahan apabila air mata mencurah-curah ingat anak di rantauan tatkala takbir berkumandang," katanya lagi.




Nota: Manisan Syawal boleh ditonton di aplikasi meWATCH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >