Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Perayaan Kuih Bulan satukan keluarga

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penjualan kuih bulan halal semasa Perayaan Kuih Bulan dengan beraneka perisa untuk dipilih. Bentuk kuih bulan yang bulat melambangkan kesatuan, kemakmuran dan perpaduan. Maka itu, Perayaan Kuih Bulan juga menjadi sambutan untuk keluarga dan rakan-rakan berhimpun untuk mengeratkan lagi silaturahim. Dengan lebih pilihan kuih bulan yang halal, sambutan ini dapat dinikmati oleh semua bangsa dan agama.
Sep 16, 2023 | 05:30 AM



Perayaan Kuih Bulan merupakan tradisi yang diraikan masyarakat Cina di seluruh dunia.

Salah satu unsur penting dalam perayaan ini adalah adanya kuih bulan, atau mooncake, sejenis kuih berbentuk bulat yang mempunyai inti pelbagai perisa, yang telah diubah sejajar dengan peredaran masa demi memenuhi syarat pemakanan halal, agar ia boleh dinikmati oleh semua orang termasuk umat Islam.


Kuih bulan bermula sebagai hidangan tradisional Cina semasa Perayaan Kuih Bulan untuk menyambut kemunculan bulan purnama.

Lebih tepat lagi, ia diraikan pada hari ke-15 pada bulan kelapan menurut kalendar Cina. Ini bermakna ia akan berlangsung pada 29 September 2023 nanti.

Namun, dengan peningkatan jumlah penduduk Muslim di seluruh dunia, terdapat permintaan kuih bulan yang mematuhi ketetapan pemakanan halal.

Seiring dengan itu, banyak peniaga dan pengilang telah menghasilkan kuih bulan halal yang menggunakan bahan-bahan yang bebas daripada unsur yang dilarang agama Islam.

Persatuan Budaya Hui Hui Singapura (HHCAS), sebuah pertubuhan tidak mengaut untung (NPO), ditubuhkan pada 2019 oleh sekumpulan masyarakat Cina/Islam tempatan yang bersemangat untuk mengekalkan warisan dan budaya mereka serta mempunyai keazaman untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Maka itu, saban tahun, sempena Perayaan Kuih Bulan, HHCAS akan giat menyebarkan pesanan dan tujuan menyambut perayaan tersebut.

Menurut Pengarah Pengurusan Estet dan Kemudahan persatuan itu, Encik Norman Mah, walaupun perayaan itu mempunyai kaitan memuja bulan dalam era Dinasti Zhong lebih 3,000 tahun lalu, ini tidak bermakna masyarakat Melayu/Islam tidak boleh meraikan perayaan tersebut.

“Terdapat segolongan masyarakat yang mempunyai tanggapan bahawa orang Islam tidak boleh menyambut Pesta Pertengahan Musim Gugur ini kerana sejarah ataupun cerita dongeng yang berkaitan dengan pemujaan dewa.

“Meskipun demikian, tujuan utama bagi ramai orang meraikan pesta ini adalah kerana ia melambangkan kesatuan dan sebagai satu sebab untuk berhimpun dan bertemu keluarga serta rakan,” ujar Encik Mah kepada Berita Harian.


Kuih bulan menjadi makanan tradisi pesta tersebut dan pada masa ini, pelbagai aneka perisa boleh dipilih. Perisa paling tradisional, bagaimanapun, dibuat dengan pes biji teratai dengan tengahnya merupakan kuning telur asin.

Antara kuih bulan moden hari ini adalah kuih bulan ‘snow skin’, yang tidak dibakar dan mempunyai kulit seperti mochi. ‘Snow Skin’ itu adalah nama yang diberikan mengikut tekstur dan warna kulit kuih bulan itu.


Perisa yang paling hangat buat masa ini dan laris dijual adalah kuih bulan ‘snow skin’ perisa durian.


Kuih bulan biasanya dipotong lapan dalam bentuk tiga segi dan dimakan bersama keluarga atau teman pada malam pesta itu.

Bagi menawarkan kuih bulan halal, HHCAS akan membakar dan menjual kuih bulan untuk masyarakat Melayu/Islam.

Ini merupakan tahun kedua mereka menjual kuih bulan sempena sambutan tersebut. Untuk maklumat lanjut boleh layari akaun Instagram mereka di @huihuisg.

“Meraikan pesta ini bukan sahaja bermaksud kita menikmati keindahan bulan ataupun kelazatan kuih bulan. Yang lebih penting adalah untuk mengambil kesempatan ini untuk merapatkan silaturahim bersama keluarga dan pada masa yang sama, meningkatkan kesedaran bahawa kita boleh meraikan pesta ini tanpa salah faham,” tambah Encik Mah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >