Swiss Cottage Bakery menawarkan pelbagai jenis kuih bulan untuk dipilih sempena Perayaan Kuih Bulan.
Kuih bulan kurang gula ini mempunyai 20 perisa unik seperti ‘Oriental Pearl’ yang terdiri daripada teratai putih dengan makadamia dan ‘mochi’.
Perisanya lebih menarik berbanding kuih bulan tradisional yang ikonik berinti biji teratai dan kuning telur asin.
Swiss Cottage menawarkan dua pilihan kuih bulan, kulit yang tidak dibakar atau dikenali sebagai ‘snow skin’ dengan perisa durian. Musang King yang berharga $88 (enam kuih sekotak) dan Musang King Superior berharga $98 (enam kuih sekotak).
Rangkaian hotel dan resort antarabangsa yang popular, Swiss Garden, menawarkan perisa kuih bulan yang moden dan tradisional.
Kuih bulan ‘Luminarie’ dipenuhi dengan lava kuning telur asin yang mengalir bersama kastard aromatik dan pes teratai putih.
‘Tropical Emerald’ pula akan menjadi salah satu kuih bulan yang digemari masyarakat Melayu/Islam kerana ia menyerupai kuih onde-onde tradisional.
Ia mempunyai inti pes teratai pandan, pes kelapa berkrim dengan kelapa parut.
Kulit salji ‘Black Thorn’ premium pula, dipenuhi dengan kesempurnaan durian berkrim, sesuai untuk penggemar durian. Sekotak berisi enam kuih bulan berharga $108.
Mr Bean, yang terkenal dengan jualan pelbagai jenis penkek kacang soya dan hidangan nasi, kini menawarkan kuih bulan dengan kulitnya yang dibakar dengan tepung soya.
Ia meningkatkan rasa dan tekstur kuih bulan.
Antara perisa kuih bulan yang digemari ialah Pes Teratai Pandan dengan Kuning Telur Asin dan ‘Chocolate Cranberry’ dengan kulit ‘snow skin’ yang tidak dibakar.
Andaz Singapore menawarkan profil rasa yang lebih bermutu tinggi daripada kuih bulan biasa dengan inti kuning telur asin.
Perisa sedemikian ialah ‘Gula Galore’ yang menggabungkan gula melaka dan kacang pecan. Teh eksklusif ‘5 on 25 Signature Tea’ pula mempunyai haruman dan rasa yang menyenangkan berbanding ‘Teh Osmanthus’, ‘Oolong’ dan ‘Pu’er’.
Kulit salji durian adalah salah satu perisa kek bulan buah-buahan yang paling biasa didapati semasa Perayaan Kuih Bulan. Tetapi di Home’s Favourite, ia mempunyai perisa yang sangat menyegarkan dalam kuih bulan kulit salji mereka.
Perisa tersebut ialah kuih bulan Mango Pomelo, kuih bulan Cempedak dan Kuih Bulan Laici dengan Susu Hokkaido.
Annabella Patisserie Macarons terkenal dengan produk yang memiliki rasa lazat serta reka bentuk yang cantik.
Pada musim perayaan ini, Annabella Patisseries meraih inspirasi daripada pastri Jepun dan Perancis apabila mencipta kuih bulan kulit salji.
Setiap kuih bulan mempunyai keseimbangan sempurna antara tekstur kenyal dengan rangup dalam pes. Oleh itu, setiap kuih bulan mengandungi mochi dan beberapa kacang atau buah-buahan kering.
Kulit salji ‘Ispahan’ adalah istilah Perancis untuk pastri yang menggabungkan raspberi, laici dan mawar.
Ia merupakan gabungan yang sempurna dengan pes teratai putih. Perisa lain termasuk ‘Matcha’, ‘Goma’ dan ‘Gianduja’.
Pernahkah anda mencuba kuih bulan perisa Mala Lobster? Jika belum, anda boleh mencuba tawaran unik yang mempunyai rempah-ratus yang seimbang untuk penggemar udang galah dari J65, Jen Singapore Tanglin.
Pencuci mulut kegemaran J65 kini telah dijadikan perisa kuih bulan kulit salji mini seperti Putu Piring dan Mini Susu Lychee Hokkaido.
Mereka turut menawarkan Durian (D13) Pengat Mini Salji, yang mesti dicuba oleh pencinta durian.
Mdm Ling Bakery menampilkan kuih bulan tradisional dengan kulit yang dibakar.
Perisanya adalah Teratai Putih Tradisional dengan Biji Tembikai yang boleh dinikmati sendiri atau dengan kuning telur asin.
Perniagaan dari rumah yang khusus menjual sajian istimewa Cina, seperti kuih cang juga menjual pelbagai kuih bulan yang dibakar dan perisa kulit salji.
Kuih bulan yang dibakar menawarkan pelbagai perisa daripada durian, bijan hitam dan keladi.
Bagi kuih bulan, kulit salji yang berbentuk cantik dan berwarna-warni itu mempunyai perisa durian, teratai dan kacang merah dengan pilihan untuk menyertakan kuning telur asin.
Nota: Semua kuih bulan dan kuih bulan kulit salji, mempunyai sijil Halal dari Singapura dan Malaysia.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg