Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pereka fesyen cilik terima tempahan selebriti

Jul 19, 2023 | 04:02 PM



Sedang kanak-kanak sebayanya tidak mengenali pengasas jenama mewah Gucci, Guccio Gucci, seorang kanak-kanak tujuh tahun, Max Alexander, yakin dia mempunyai kaitan rapat dengan pereka fesyen itu.

Alexander yang berada di Darjah 1 kini dianggap luar biasa dan ‘genius’ kerana sudah mampu mereka fesyen dan menghasilkan busana semuda usia empat tahun. Dia malahan berasakan dirinya adalah Gucci dalam kehidupan silamnya, katanya dengan nada selamba kepada majalah People.


Alexander dan ibunya, Cik Sherri Madison, gembira kerana selepas video yang merakam diri Alexander menghasilkan gaun tanpa bantuan sesiapa tular di media sosial, dia mula mendapatkan tempahan daripada selebriti terkenal bahkan mula menjual busananya dalam talian ke serata dunia.

“Awalnya, saya tidak tahu tentang kemahiran fesyen yang dimiliki Max sehinggalah dia memberitahu saya bahawa dia berminat menghasilkan gaun wanita. Pada masa itu, usianya baru empat tahun. Saya lihat kesungguhan dan kebolehannya.

“Kami sedang makan malam. Max tiba-tiba minta saya belikannya patung sepertimana yang dia lihat di butik. Dia tak ketawa. Dia betul-betul serius. Saya tanya kepadanya mengapa saya baru tahu tentang minatnya itu? Lantas, dia berkata sebabnya dia tiada patung untuk dia gayakan busana tersebut,” kata Cik Madison.

Cik Madison, seorang seniman arca kadbod, langsung menghasilkan patung pertama buat anaknya dengan menggunakan kadbod. Bagi ibu yang teruja dan gembira melihat kesungguhan anaknya itu, seronok melihat gaun yang akhirnya terhasil daripada kreativiti budak kecil.

“Saya beritahu suami saya. Cepat keluar dari pejabat awak di rumah ini. Awak perlu lihat apa yang Max buat. Dia bikin busana perempuan!” kongsi Cik Madison lagi.

Walaupun anaknya tiada pengalaman menghasilkan baju atau gaun malahan tidak pernah didedahkan pada program atau aktiviti fesyen, Cik Madison menyedari bakat fesyen mengalir dalam darah anaknya itu. Sebabnya, ibu bapa Cik Madison mengendalikan kedai fesyen di Montreal dengan datuk neneknya itu merupakan tukang jahit.

Antara pencapaian budak kecil ini adalah menerima tempahan jaket untuk pelakon terkenal, Sharon Stone, yang digayakan bagi satu keramaian seni. Alexander juga telah mengadakan beberapa pertunjukan fesyennya sendiri.

Kata Cik Madison lagi:

“Max hanya ingin wanita rasa diri mereka cantik melalui pakaian yang digayakan. Memang Max tidak hasilkan pakaian lelaki. Kecenderungannya adalah menjahit pelbagai saiz pakaian wanita. Katanya, semua wanita berhak rasa diri mereka cantik.

“Cita-citanya adalah untuk menjadi ketua fesyen di Gucci atau memiliki butiknya sendiri. Dia selalu berpesan kepada kawan-kawannya agar terus berlatih dalam bidang yang mereka gemari. Sebab itu yang akan menentukan kesempurnaan karya mereka.

“Saya sebenarnya lebih kagum kerana anak saya memiliki hati emas. Bukan kerana kemahirannya menjahit yang akan membuatkan saya bahagia. Saya lebih bangga apabila misinya menjahit didorong untuk membuat orang lain rasa bahagia dengan pakaian yang disarung.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >