Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pereka kostum perlu wujudkan dunia unik bagi filem ‘The Archies’

Mar 18, 2024 | 05:30 AM



Gaya penyanyi rap jalanan, Ranveer Singh dalam filem, Gully Boy (2019), watak orang berada di Made In Heaven (2022) dan fesyen ‘retro’ yang dilihat dalam The Archies (2023), semuanya hasil sentuhan pereka kostum dan penggaya yang sama iaitu Poornamitra Singh.


Beliau mula bergiat dalam industri Bollywood sebagai penolong pereka kostum bersama Honeymoon Travels Pvt. Ltd.

Lama-kelamaan, Poornamitra belajar untuk percaya pada nalurinya, dan berasa kostum melengkapi mood sesebuah babak.


Dalam satu temu bual bersama Filmfare, pereka itu berkongsi pengalamannya.


Soalan: Anda pernah bekerjasama dengan Zoya dalam filem, ‘Gully Boy’ dan
‘Made in Heaven’. Ceritakan pengalaman dan ikatan itu.


Jawapan: Ia banyak membantu saya kerana beliau seorang genius yang kreatif.


Saya seseorang yang selami naratif filem; justeru ia membantu saya apabila bekerjasama dengan orang yang menulisnya.

Saya akan tanya beliau soalan rawak tentang,The Archies, contohnya apakah warna kegemaran Archie dan ke mana Veronica akan pergi dan membeli-belah.


Saya dalami siapakah mereka, mood mereka dan bagaimana mereka akan mendekati kehidupan. Palet warna saya mencerminkan perasaan watak dan babak dalam filem itu juga.


Ia membantu saya apabila saya bekerjasama dengan seseorang seperti Zoya kerana beliau seorang yang sangat mengenali dunia.

Perbincangan saya bersamanya dari semasa ke semasa membantu saya membina banyak perkara tentang watak-watak, dan itulah cara saya mengetahui butiran lebih terperinci.

Dari semasa ke semasa, kami telah membangun kepercayaan dan hubungan baik yang sesuai buat kami.

Soalan: Bagaimana pengalaman mencari sumber dan membuat penyelidikan
untuk muzikal seperti, ‘The Archies’ berbeza?


Jawapan: Semuanya dilakukan daripada asas.


Saya perlu mewujudkan dunia yang unik dalam alam The Archies.


Kami mengambil banyak contoh kehidupan sebenar dari segi penyelidikan kami dan lokasi tempat itu.

Sebahagiannya berdasarkan akal fikiran dan sebahagian lagi berdasarkan imaginasi.

Ini adalah buku komik, tetapi Zoya mahukan rasa buku cerita dalam filem ini. Saya sentiasa tertarik dengan buku cerita dan dunia itu.

Sejurus selepas membuat rekaan, sampel, membuat corak dan siluet yang berleluasa pada era itu, pekerja saya mengambil banyak masa untuk menjahit dan segala-galanya dari awal kerana mereka tidak biasa dengan penggayaan dari zaman itu.

Saya terpaksa melatih mereka tentang cara membuat siluet ini dan seluar pinggang tinggi bersama kemasan berlipat lebar.

Soalan: Bagaimana pengalaman membuat rekaan bagi
‘peneraju fesyen’ seperti Ranveer Singh?


Jawapan: Ia membantu saya.


Saya suka pandangan yang diberikan pelakon, jadi saya libatkan mereka dalam banyak perkara. Ia membantu saya meluaskan pengetahuan saya dan membuatkan proses saya lebih mudah, dan begitulah bagaimana saya dapat membantu mereka membina watak yang lebih baik di skrin.

Ia begitu buat semua projek saya; saya suka kerjasama seperti itu.

Soalan: Sejauh manakah kostum penting dalam proses penceritaan filem?


Jawapan: Pawagam sesuatu yang dipandang penting di sini.


Kita negara lagu dan tarian. Kita negara yang suka warna-warna cantik.

Saya rasa apa yang menarik minat penonton tentang fesyen di dalam filem adalah mereka lihat suatu yang baru dan segar, dan tidak keberatan mencubanya sekiranya ia indah dipandang mata.

Sebab itulah terdapat ramai pengikut yang minat akan fesyen yang digayakan pelakon.

Soalan: Nasihat kepada mereka yang bercita-cita
menempa nama dalam bidang reka gaya industri hiburan.


Jawapan: Ia tidak glamor sama sekali. Jauh daripada itu.


Di sebalik tabir, ia memerlukan banyak usaha gigih, dedikasi dan penyelidikan.

Kami memang banyak berseronok, tetapi jenis keseronokannya berbeza. Ia bukan sebagaimana yang anda lihat di pawagam.

Anda perlu bangunkan kemahiran dalam rekaan. Saya kenal ramai orang yang hanya merupakan penggaya, yang ambil dari sana sini dan gabungkannya bersama, tetapi ia memerlukan banyak usaha.

Jika anda tidak tahu menjahit pakaian, anda tidak boleh membuat orang memakainya. Saya banyak melihat jurang tersebut.

Ia melibatkan aspek teknikal yang besar.

Dalam The Archies, apabila wanita-wanita itu pusing dan bergelek, anda perlu tahu bagaimana menjahit pakaian supaya ia tetap terletak.


Anda hanya akan tahu apabila anda tahu bagaimana menjahit pakaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >