Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pereka tari gali erti peribahasa Melayu dalam karya seni

‘Akar Subur 2023’ ketengah ilham kreatif pereka tari muda yang dilatih mentor berpengalaman
Aug 04, 2023 | 05:30 AM



Pementasan taridra Akar Subur yang diperkenalkan pada 2015 telah menjadi wadah bagi pereka tari Melayu Singapura untuk meneroka kreativiti mereka sambil melibatkan pengamal dan peminat tarian Melayu lain untuk terus berkongsi warisan dan budaya bangsa.


Mengekalkan tradisi dan budaya tarian sudah menjadi tanggungjawab pelopor dan penggiat seni dalam memastikan masa depan tarian Melayu terus cerah.

Justeru, Akar Subur 2023 yang diadakan buat kali kelapan pada 5 Ogos, akan melibatkan tiga pereka tari dari Azpirasi, Sriwana dan Era Dance Theatre (EDT) untuk mempersembahkan tarian solo mereka berdasarkan peribahasa Melayu.


Tiga pereka tari itu ialah Encik Izznur Haikal dari Azpirasi, Cik Nuruljannah Afiqah dari Sriwana dan Cik Erny Ellyssa dari EDT.

“Peribahasa pilihan saya adalah ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Dalam tarian ini, saya akan menampilkan takrifan tersirat bahawa walaupun cara hidup kita mempunyai persamaan, setiap daripada kita mempunyai minat dan fikiran masing-masing,” kongsi Cik Erny.

Pada usia 13 tahun, Cik Erny melibatkan diri dalam tarian Melayu sebagai aktiviti kokurikulum yang telah menyemarakkan minatnya terhadap tarian.

Kemudiannya, beliau telah menyertai EDT pada 2017, di mana beliau terus meneroka dan mengembangkan kemahirannya dalam tarian Melayu.

Pereka tari di bawah program kesenian ini diberi segmen terbaru di mana mereka harus berkongsi proses pemikiran kreatif di sebalik karya tariannya.

“Saya percaya bahawa ramai penari ingin diberi peluang untuk meluahkan perasaan mereka melalui sebuah medium. Dengan itu, saya ingin penonton memahami proses pemikiran dan juga berkongsi pengalaman dan pengajian yang saya raih bersama mereka,” tambahnya.

Salah seorang lagi pereka tari, Encik Izznur Haikal, yang sudah melibatkan diri dalam Akar Subur buat tahun kedua ini mendapati bahawa pada setiap tahun penglibatannya, beliau diberi ruang untuk memperbaiki diri serta menghadapi cabaran baru.


“Ia telah mendorong saya untuk berkembang sebagai penari dan bekerja dengan mentor yang membantu dengan memberikan saya pandangan berharga,” katanya.

Inspirasi di sebalik tarian itu berasaskan peribahasa ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’, sambil meneroka kepentingan air sebagai elemen pembersihan dan mencerminkan wuduk dalam tariannya.

“Aspirasi utama saya adalah untuk menjadi pereka tari yang mahir dan cekap. Melalui proses pemikiran dan idea kreatif, saya akan meraih respons dari masyarakat dan berhasrat untuk terus menampilkan idea saya,” tambahnya.

Bagi Cik Nuruljannah, tarian yang beliau ilhamkan menggambarkan tempoh traumatik zaman kanak-kanaknya dan bagaimana beliau berjaya mengatasinya.

“Peribahasa pilihan ialah ‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’. Ia membawa maksud berbekal ketekunan diri dan usaha, tentu sekali kita akan berjaya,” tambah penari Sriwana itu.


Pengarah Artistik EDT, Encik Osman Hamid yang telah berkecimpung dalam bidang seni selama lebih 40 tahun berkongsi bahawa setiap daripada mereka yang terlibat dalam program kesenian ini telah mengambil masa empat bulan untuk menjana karya tari ciptaan baru.

“Sejak 2021, kami mempunyai gandingan mentor dan anak didik mereka yang harus mengikuti bengkel peningkatan dan kemahiran yang dikendalikan oleh mentor masing-masing daripada anggota Jawatankuasa Tarian Melayu Singapura (SMDC),” tambahnya.

Kesemua pereka tari telah menjalani bengkel dan bimbingan dari mentor yang terdiri daripada – Encik Mohd Fauzi Anwar, Dr Muhd Noramin Mohd Farid, Encik Muhammad Sharul Mohammed, Encik Mohd Arif Mustafar dan Encik Ismail Jemaah.

Encik Osman berharap dengan adanya Akar Subur, ia akan membantu dalam mewujudkan lebih ramai penari yang lebih bertanggungjawab dan berfikiran kritikal.


“Jika mereka berani mengutarakan pandangan dan sifat tahu diri, saya yakin kami dapat melahirkan pelapis yang penuh dedikasi demi melestarikan dunia tarian Melayu.”

BUTIR PEMENTASAN:

TEMPAT: Black Box, Pusat Seni Goodman (Blk M, Level 1), 90 Goodman Road Singapore 439053


TARIKH: 5 Ogos (12 tengah hari, 3 petang dan 8 Malam)


HARGA TIKET: $30




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >