Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Perisa ‘matcha’ trend terkini 2024

Feb 17, 2024 | 05:30 AM



Kelazatan dan keunikan kek tapak kuda menjadikannya satu kuih yang ‘wajib ada’ bagi sesetengah orang semasa musim perayaan.

Apa yang menjadikan kek itu menarik ialah inti yang padat di tengah seperti krim coklat.

Apabila dipotong, bentuk kek itu kelihatan seperti tapak kuda.

Kek yang berasal dari Brunei itu terdiri daripada lapisan kek yang digulung dengan inti manis untuk mendapatkan bentuk tapak kuda yang unik.

Sejak lima hingga enam tahun kebelakangan ini, tapak kuda semakin popular dan menjadi hidangan istimewa semasa Hari Raya di Malaysia dan Singapura.

Antara bahan untuk mendapatkan tekstur kek tapak kuda yang lembut dan gebu ialah telur, gula, tepung, mentega, pengemulsi dan Nutella.

Lapisan kek yang nipis berbentuk empat segi itu kemudian disapukan dengan inti sebelum digulung.

Di Brunei, inti tapak kuda terkenal dengan pelbagai perisa antaranya Nutella, jem strawberi, jem kacang hazel, krim coklat dan Nestum.

Cef Sabariah Yacob, 57 tahun, dari Institut Kulinari SSA, berkata:

“Tapak kuda adalah versi kek Swiss roll yang lebih mudah. Kek tapak kuda tidak perlu digulung sepenuhnya, malah hanya perlu dilipat dua.”


Beliau mengongsi panduan bagi mereka yang berminat membuat kek itu sendiri.

“Saya sentiasa menasihatkan mereka yang membuat (kek) tapak kuda untuk memanfaatkan kreativiti sepenuhnya apabila cuba membuatnya sendiri.

“Ini seperti menggunakan inti yang berbeza contohnya durian, mangga atau strawberi dan kiwi,” kata Cef Sabariah.

Walaupun tapak kuda merupakan kek yang lebih mudah untuk disediakan berbanding kek Swiss roll, pembuat kuih mungkin menghadapi satu cabaran semasa membakar kek itu.


“Proses mengadun kek perlu dikendalikan dengan berhati-hati bagi memastikan kek masih gebu.

Mengadunkannya secara berlebihan akan menyebabkan kek berderai semasa membakar dan ini tidak akan memberikan hasil yang gebu.”

Baru-baru ini, kek tapak kuda menjadi tular di TikTok dengan satu perisa baru.

Ustaz Riduan Noor atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kek Tapak Kuda mendapat sambutan positif daripada pelanggan yang berebut mendapatkan tapak kuda berperisa, Matcha Crunchy.


Ada yang mengibaratkan jualan tapak kuda Ustaz Riduan seperti jualan tiket konsert yang menjadi rebutan ramai.

Matcha Crunchy yang tular di TikTok menunjukkan perisa baru sebegitu menawarkan pengalaman yang menarik buat pelanggan.


“Ini kerana perisa kek itu menambahkan unsur rangup pada kek tapak kuda yang biasanya manis,” kata Cef Sabariah.

Justeru, tapak kuda kian menjadi simbol perayaan – menawarkan hidangan manis kepada keluarga dan rakan-rakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >