Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selami rahsia buat kek tapak kuda

Feb 17, 2024 | 5:30 AM
Sertai bengkel khas membuat kek tapak kuda pada 2 Mac anjuran Berita Harian.
Sertai bengkel khas membuat kek tapak kuda pada 2 Mac anjuran Berita Harian. - Foto fail

Di sebalik kek tapak kuda yang menjadi kegilaan ramai dengan teksturnya yang gebu dan rasanya yang manis, penting untuk memperhatikan proses menghasilkannya terutama semasa menyediakan adunan kek.

Orang ramai boleh mempelajari kaedah menghasilkan kek tapak kuda dalam satu bengkel khas yang akan diadakan di Institut Kulinari SSA, di 3 Irving Road, #02-07, Tai Seng Centre, pada 2 Mac.

Peserta akan dibimbing mengenai ciri-ciri setiap bahan yang digunakan untuk menyediakan kek tapak kuda itu.

“Memahami teori membolehkan mereka memperoleh kecekapan sains di sebalik proses membakar kek,” kongsi Cef Sabariah Yacob, 57 tahun, dari Institut Kulinari SSA.

“Selain memahami ramuan, komponen penting adalah memahami cara ketuhar rumah mereka berfungsi.

“Oleh itu kami akan membimbing mereka dan memastikan seting ketuhar adalah tepat, untuk mendapatkan kek yang gebu,” tambahnya.

Bahan-bahan membuat kek seperti telur, gula, tepung, serbuk penaik, mentega, esen vanila dan pengemulsi senang didapati.

“Tapak kuda mula popular sejak lima hingga enam tahun lalu dan kemudian menjadi manisan ‘wajib’ Hari Raya hingga kini,” ujar Cef Sabariah.

Dalam bengkel itu, peserta akan mempelajari teknik mengadun dan membakar kek agar teksturnya gebu.

Selain itu, kaedah menuang adunan kek ke dalam loyang perlu dilakukan dengan teliti untuk memastikan ia naik.

“Dengan proses penyediaan kek yang teliti, saya sentiasa menasihati pelajar bengkel untuk menggunakan bahan-bahan premium dan bermutu kerana ini akan menyumbang kepada hasil yang baik,” tambahnya.

Kegembiraan menyediakan tapak kuda bukan sahaja ketika melihat tetamu menikmati kek itu malah pengalaman meneroka rasa dan tekstur semasa menghasilkannya.

“Sangat menggembirakan untuk menyaksikan masyarakat yang menghasilkan kek sedia berinovasi, bermain dengan warna, tekstur dan perisa untuk mencipta pengalaman kulinari yang menarik.

“Siapa tahu ia akan menjadi trend perisa tular pada masa akan datang,” tambah Cef Sabariah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel itu di laman https://bhsub.sph.com.sg/tapakkudaworkshop.

Pelanggan Berita Harian boleh menikmati harga khas bagi bengkel ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg