Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta Makanan Singapura

Jul 22, 2023 | 5:30 AM
PESTA PERUT: Pesta Makanan Singapura 2023 diadakan dari 19 Julai hingga 30 Julai ini di ruang Bayfront Event Space di 12A Bayfront Avenue. 
PESTA PERUT: Pesta Makanan Singapura 2023 diadakan dari 19 Julai hingga 30 Julai ini di ruang Bayfront Event Space di 12A Bayfront Avenue.  - Foto PESTA MAKANAN SINGAPURA

Cukup membuka selera apabila anda jejakkan kaki ke laluan makanan yang dipanggil Bespoke Food Walk di Pesta Makanan Singapura (SFF) 2023 di Bayfront Event Space.

Ia menampilkan lima vendor halal milik usahawan Muslim, The Black Hole Group, Tanamera, Kulon, Minang dan Briyani by Remy.

‘Pesta Perut’ yang lebih besar dan lebih gah tahun ini menawarkan zon seperti SG Food Walk, Food Cartel, Sweets Alley, Cafe Boulevard, SG Mama Shop dan Gourmet Market.

Food Cartel merupakan zon di mana anda boleh tinjau jualan ‘pop-up’ di samping sesi belajar bersama pakar atau ‘masterclass’ yang disediakan. Anda juga boleh menyaksikan cef kegemaran dan personaliti beraksi di sini.

Di Cafe Boulevard pula, sanjungan diberi buat budaya kafe Singapura yang pesat membangun serta cita rasa ramai terhadap kopi artisan setempat. Di sini, anda boleh menikmati kopi dan pastri terbaik hasil usaha anak Singapura.

Sweets Alley pula merupakan zon yang menyediakan manisan kuih tradisional dan pencuci mulut.

SG Mama Shop – hasil kerjasama wadah e-dagang, Food Culture Singapore, dan penyedia khidmat mesin layan diri, Easygo AI Vending Machine – menjual kudapan dan minuman yang menggabungkan jualan jenama snek baru dan lama.

Pesta makanan itu diadakan dari 19 Julai hingga 30 Julai ini di ruang Bayfront Event Space di 12A Bayfront Avenue. Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-30 SFF. Pas masuk ke perkampungan pesta SFF berharga $8. Keterangan lanjut boleh diperolehi di laman www.singaporefoodfestival.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg