Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentuhan emas jurudandan hasil beriani lazat

Jul 23, 2023 | 5:30 AM
PELUANG BERMAKNA: Encik Remy Mohamed, cef eksekutif  ‘Briyani by Remy’ akan menampilkan resepi nasi beriani turun-temurun ibu dan neneknya pada Pesta Makanan Singapura.
PELUANG BERMAKNA: Encik Remy Mohamed, cef eksekutif ‘Briyani by Remy’ akan menampilkan resepi nasi beriani turun-temurun ibu dan neneknya pada Pesta Makanan Singapura. - Foto BH oleh DAHLIA ZULKIFLI

Encik Remy Mohamed bukan sahaja memiliki jari-jemari ‘emas’ lagi ‘ajaib’ untuk mendandan pengantin pada hari bahagia mereka tetapi juga merupakan seorang tukang masak yang berbakat dalam menyediakan hidangan nasi beriani bagi majlis jemputan kahwin.

Cef eksekutif untuk ‘Briyani by Remy’ dari 1stclasscatering, yang diiktiraf status Masterchef Dunia (World Masterchef) dan Persekutuan Perniagaan Antarabangsa akan menghidangkan resipi nasi beriani ibunya dengan pilihan ayam, daging lembu, daging kambing dan udang dengan harga $12 semasa Pesta Makanan Singapura (SFF) hingga 30 Julai.

“Saya mula memasak sejak berusia lapan tahun dan ia bukan perkara baru bagi saya. Ibu saya juga seorang tukang masak. Jadi resipinya diturunkan daripada nenek kepada ibu saya dan selanjutnya kepada saya,” kongsi Encik Remy.

Pengarah Kreatif d’Reamy Couture itu benar-benar terkejut apabila terlibat dalam festival makanan itu dan bersetuju untuk terlibat serta-merta kerana ia merupakan peristiwa penting lagi bersejarah untuknya. – DAHLIA ZULKIFLI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg