Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bakmi ibu dan anak penenang hati pelanggan

Restoran Kulon sertai Pesta Makanan Singapura untuk perkenal sajian Jawa
Jul 22, 2023 | 05:30 AM



Apabila pelanggan mengidam hidangan Indonesia yang menyelerakan lagi menenangkan hati, mi bakmi (mi daging ayam atau daging lembu) menjadi pilihan hati ramai semasa di gerai Kulon, yang dimiliki oleh pasangan ibu dan anak lelakinya.


Pada saat istimewa ini, pemilik restoran Kulon, Cik Wati Abdul Khamid dan Encik Haris Ahmad, turut teruja diberikan peluang memberi penghormatan kepada hidangan Indonesia semasa Pesta Makanan Singapura 2023 (SFF 2023) yang diadakan di Bayfront Event Space hingga 30 Julai.

Hidangan eksklusif yang ditampilkan ialah Bakmi Hae Bee Hiam yang mengandungi mi kering ala Indonesia dengan ayam masak kicap manis, sambal Hae Bee Hiam ataupun sambal udang kering bersama sayur kailan.

“Kami amat berbesar hati kerana terpilih untuk menyertai Pesta Makanan Singapura dan merupakan antara pengusaha makanan terkemuka lain yang dilibatkan dalam pesta ini,” dedah Cik Wati dengan penuh kesyukuran semasa diwawancara Berita Harian baru-baru ini.


Hidangan yang disajikan di Kulon adalah resipi turun temurun arwah ibu Cik Wati yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.

Pelajar Politeknik Singapura (SP) tentu sekali tidak asing dengan gerai bakmi yang dibuka pada 2018 yang dikenali sebagai Indo Java.


“Ia memang menjadi impian saya untuk memiliki restoran sendiri. Pada saat itu, ibu menasihati saya untuk bermula secara kecil-kecilan dan menimba pengalaman dahulu dengan menghidangkan bakmi selama setahun di SP.


“Ia telah memberikan saya peluang untuk mempelajari bagaimana untuk mengendali gerai makanan pada risiko yang jauh lebih kecil ,” dedah pemilik muda itu yang berusia 28 tahun.

Kulon, yang terletak di tengah-tengah Bali Lane, bermula sejak 2020.

Hidangan lain yang digemari ramai pelanggan lain termasuk Bakmi Komplit, Bakmi Spesial, Nasi Ayam Geprek Ijo dan Mie Bakso.

Dengan pelbagai gerai bakmi yang sedia ada di Singapura, Encik Haris berkongsi selera setiap pelanggan adalah subjektif dan berbeza.

“Pelanggan akan bincang bakmi mana yang lebih asli atau lagi sedap. Keaslian sebuah hidangan itu tidak selalu diutamakan dan tidak semestinya resipi tradisional sentiasa terbaik,” katanya.

“Insya-Allah, saya dan ibu sedang dalam perancangan untuk memperkembangkan perniagaan kami pada masa terdekat,” tambah Encik Haris.

Melalui pengalaman lima tahun menjual bakmi, pasangan ibu dan anak itu terus berharap dapat membawa makanan istimewa Indonesia ini kepada khalayak ramai sambil mempamerkan asal-usul tradisi makanan Jawa mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >