Program seni galak murid PCF Sparkletots hasil karya imaginatif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program seni galak murid PCF Sparkletots hasil karya imaginatif

Karya oleh 515 kanak-kanak dari 20 pusat prasekolah dipamer dalam acara di Galeri Nasional Singapura
Mar 19, 2026 | 5:30 AM

Program seni galak murid PCF Sparkletots hasil karya imaginatif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
program seni, murid PCF Sparkletots, Galeri Nasional Singapura
Murid K2 Prasekolah PCF Sparkletots @ Bukit Batok East Blk 293 (dari kiri), Audrey Lee Qian Hui dan Nur Afiyah Sulaiman, bersama guru mereka, Cik Lim Qiao Hui (belakang) dan Cik Ma.Rowena Gambia-Gregorio (kanan), berinteraksi dengan karya mereka yang digelar ‘Beacon of Art at Bukit Batok East 293’ di Galeri Nasional Singapura pada 17 Mac. - Foto BH oleh IZWANDI AZMAN

Sejak kecil, Nur Afiyah Sulaiman gemar melukis, namun kali ini, sentuhannya lebih bermakna.

Apabila diberi peluang karya bersama rakan sekelas dari Prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots @ Bukit Batok East Blk 293, mereka memilih untuk melakar semula ruang kejiranan berdekatan prasekolah mereka.

Menurut Afiyah dan rakannya, Audrey Lee Qian Hui, kedua-dua murid Tadika 2 (K2) itu mendapati ruang awam sekitar prasekolah mereka wujud, tetapi kurang mesra.

Pengamatan itu makin nyata apabila mereka sering melihat seekor kucing masyarakat yang dipanggil Lala, berkeliaran dekat sekolah.

“Kami kasihan melihat Lala tidur di lantai yang sejuk. Jadi, kami ingin mencipta tempat yang lebih selesa untuknya,” kata Afiyah, enam tahun.

Maka, lahirlah karya seni bertajuk, Beacon of Art at Bukit Batok East 293.

Ia mengetengahkan sudut khas untuk Lala, tempat duduk yang lebih ceria, dan ruang makan pusat penjaja yang lebih mesra.

Afiyah dan Audrey adalah antara 515 kanak-kanak dari 20 pusat prasekolah PCF Sparkletots yang karyanya dipamerkan dalam acara dua hari di Galeri Nasional Singapura pada 17 dan 18 Mac.

Dikenali sebagai Artful Journeys, acara itu adalah kerjasama pertama antara PCF Sparkletots dengan Galeri Nasional Singapura, yang membabitkan kanak-kanak dalam pengalaman pembelajaran mendalam.

Acara itu, sebahagian sambutan ulang tahun ke-40 PCF, bertujuan menyemai penghargaan terhadap seni dan proses artistik, di samping memupuk kemahiran menyelesaikan masalah dan kreativiti.

Kerjasama itu turut memperkasa pedagogi seni dalam kalangan pendidik awal kanak-kanak.

Pada September 2025, Galeri Nasional Singapura menganjurkan bengkel pembangunan profesional untuk pendidik PCF Sparkletots.

Bengkel tersebut membekalkan mereka dengan teknik permudahan seni dan strategi untuk menyokong ekspresi kreatif murid.

Seterusnya, murid-murid menyertai lawatan pembelajaran berpandu di Galeri Nasional Singapura pada September dan Oktober 2025 sebelum menghasilkan karya mereka sendiri dengan bimbingan pendidik.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Prasekolah PCF Sparkletots, Cik Marini Khamis, program seperti Artful Journeys membantu kanak-kanak membina daya imaginasi bersama rakan sekelas.

“Kreativiti adalah inti pati perkembangan holistik kanak-kanak. Apabila diberi ruang meneroka dan berkarya, mereka belajar memahami diri, orang lain, dan dunia sekeliling,” terangnya.

Kebebasan berimaginasi jelas terpancar menerusi karya murid K2 dari Prasekolah PCF Sparkletots @ Punggol North Blk 326, melibatkan Faliq Reyhan Mohamed Foheer, Chow Jun Kai Daxton, dan Lim Yu Fang Jazlyn.

Bersama rakan sekelas, mereka mencipta sebuah kereta api imaginatif yang mampu bergerak di darat, terbang di udara, dan menyelam di bawah laut, menggunakan bahan kitar semula seperti penyepit, kotak, dan kertas selofan.

Berkongsi pengalaman menghasilkan The Colourful Super Train in the City of Dreams, Faliq, enam tahun, berkata:

“Saya seronok dapat guna banyak warna dan buat kereta api kami nampak betul-betul macam nyata.”

Menteri Kanan Negara (Pendidikan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Janil Puthucheary, yang hadir sebagai tetamu terhormat Artful Journeys, menyatakan bahawa inti pati program itu bukan hanya tentang subjek seperti sains, teknologi, atau seni, tetapi yang lebih penting adalah proses penemuan yang dilalui kanak-kanak.

“Dalam konteks ini, penting untuk meletakkan pengalaman itu dalam dunia sebenar. Oleh itu, kerjasama antara PCF Sparkletots dengan institusi seperti Galeri Nasional sangatlah mustahak.

“Galeri Nasional membawa ciri budaya dan seni, serta pengalaman dan kepakaran mereka dalam membangunkan keupayaan pendidik PCF Sparkletots,” kongsinya.

“Kreativiti adalah inti pati perkembangan holistik kanak-kanak. Apabila diberi ruang meneroka dan berkarya, mereka belajar memahami diri, orang lain, dan dunia sekeliling.”
Cik Marini Khamis, Ketua Pegawai Operasi Prasekolah PCF Sparkletots.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg