Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rai SG60 dengan ‘popsicle’ mercu tanda S’pura

Momolato hasilkan ‘popsicle gelato’ Kebun Bunga, Merlion, Kampong Gelam dan Marina Bay Sands
Aug 15, 2025 | 3:31 PM
Kampong Gelam SingaPop, MOMOLATO
Manisan, ‘Popsicle SingaPop Kampong Gelam’, berwarna hijau itu mempunyai perisa gula melaka dan garam laut. Ia dijual pada harga $7.90. - Foto MOMOLATO

Popsicle yang diilhamkan daripada mercu tanda ikonik Singapura nampak unik dan menarik pandangan mata.

Baru-baru ini, jenama gelato halal tempatan, Momolato, memperkenalkan SingaPop, rangkaian baru aiskrim gelato berbentuk popsicle, bagi menyuntik kelainan.

Popsicle adalah pencuci mulut yang dibeku pada batang dan biasanya dibuat daripada cecair berperisa atau asas berkrim.

Sejak 2013, Momolato mula menarik perhatian pelanggan dan penggemar aiskrim di Singapura.

Mulanya, gelato yang dijual merupakan hasil buatan tangan dan dijaja di reruai ‘pop-up’.

Namun dengan cepat, jenama itu ‘memancing’ perhatian pemilik kafe aiskrim dan gelato serta aiskrim premium.

Sempena sambutan kemerdekaan Singapura yang ke-60 (SG60), koleksi SingaPop meraikan warisan dan identiti unik Kota Singa melalui gabungan rekaan dan rasa.

Ia dihasilkan menggunakan bahan semula jadi dan sebatang popsicle SingaPop dijual pada harga $7.90 dan boleh didapati di cawangan Momolato di North Bridge Road, Haji Lane dan dalam talian.

Setiap SingaPop dibentuk menyerupai mercu tanda seni bina Singapura seperti Merlion, Marina Bay Sands, Kebun Bunga Singapura dan Kampong Gelam.

Bagi pemilik Momolato, Cik Sharon Tay, SingaPop bukan sekadar edisi khas, malah akan menjadi bahagian tetap daripada senarai pencuci mulut Momolato.

Antara yang paling bermakna daipada sudut budaya adalah anggerik yang merupakan bunga kebangsaan Singapura.

Ia menjadi tumpuan utama bagi SingaPop Kebun Bunga Singapura.

Setiap popsicle SingaPop mempunyai pelbagai perisa istimewa.

Pelanggan boleh memilih perisa Coklat ‘Nama’ (sejenis coklat Jepun lemak berkrim yang sarat rasa coklat), strawberi Korea, kekacang vanila, anggerik dan serbat mangga, bagi popsicle SingaPop Kebun Bunga Singapura.

Bagi yang memilih Merlion pula, perisa ‘Cookies and Cream’, Coklat ‘Nama’ dan krim susu Hokkaido bunga telang, boleh menjadi santapan.

Popsicle SingaPop Kampong Gelam pula menawarkan perisa Gula Melaka Garam Laut (pilihan warna bingkai hijau), strawberi Korea (bingkai ungu) dan Coklat ‘Nama’.

Akhir sekali, popsicle Marina Bay Sands tersedia dalam pilihan perisa Coklat ‘Nama’, strawberi Korea, kekacang vanila dan krim Hokkaido Island Blue.

Alamat:

723 North Bridge Road, Singapura 198691

Ahad hingga Khamis, 11 pagi hingga 11 malam; Jumaat dan Sabtu, 11 pagi hingga 1 pagi. Tutup pada Isnin.

34 Haji Lane, Singapura 189227

Isnin hingga Khamis, 2 petang hingga 11 malam; Jumaat dan Sabtu, 11 pagi hingga 1 pagi; Ahad, 11 pagi hingga 11 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg