Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-60 atau SG60 dan ulang tahun ke-42 penubuhannya di Singapura, restoran bufet halal, Seoul Garden, memperkenalkan promosi istimewa untuk menghargai jasa anggota Perkhidmatan Negara (NS).
Ia merupakan satu penghormatan bermakna buat mereka yang telah menyumbang kepada keselamatan dan pertahanan negara.
Dari 6 Mei hingga 30 Jun 2025, semua anggota NS, termasuk mereka yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara, boleh menikmati bufet makan tengah hari pada harga istimewa: hanya $17.90++ untuk bufet Regular Tier dan $26.90++ untuk Premium Tier.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Seoul Garden Group, Encik Andrew Lee, tawaran itu merupakan penghargaan kepada rakyat Singapura yang telah menyokong jenama tempatan itu sejak ditubuhkan pada 1983.
“Daripada pelajar hingga pekerja, anggota NS hingga warga emas, sokongan mereka sepanjang 42 tahun, terutama semasa pandemik, amat kami hargai.
“Inilah masa terbaik untuk kami membalas budi, dengan cara yang paling kami mahir iaitu menerusi makanan yang memuaskan,” tambah Encik Lee.
Selain itu, anggota NS, sama ada yang sedang berkhidmat atau telah bersara, turut menikmati keistimewaan pada hanya $17.90++ untuk bufet Regular Tier dan $26.90++ untuk Premium Tier pada waktu makan tengah hari hari biasa, Isnin hingga Jumaat.
Para pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan yang sah, seperti IC, kad Silver Passion atau kad 11B untuk menikmati tawaran itu di mana-mana enam cawangan Seoul Garden di Singapura.
Bufet Regular Tier menawarkan pelbagai hidangan popular seperti:
Sup: Kimchi Jjigae, Tomyum, Soyabean Jjigae, Ginseng-Abalone, Taro Fish, dan Mushroom & Seaweed.
Hidangan Panggang: Ayam Pedas, Daging Lada Hitam, Kambing Bulgogi, Dory Kimchi, Udang Tomyam dan Ayam Teriyaki.
Stimbot: Kupang Hitam, Dumpling Ayam & Udang, Tauhu Keju Laut, Udang, Tang Hoon Korea dan banyak lagi.
Manakala bufet Premium Tier menampilkan pilihan tambahan daging premium seperti Beef Short Plate (Kalbi/Teriyaki), Sliced Beef Knuckle, Itik Salai, Lamb Chop, Ikan Toman, Sotong, dan Filet Salmon, di samping semua hidangan daripada tier biasa.
Promosi itu boleh dinikmati pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, termasuk malam sebelum cuti umum) dari 11.30 pagi hingga 3.59 petang di semua enam cawangan Seoul Garden di seluruh Singapura.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg