Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Raisa teruja kongsi cita, cinta, cerita di S’pura

Aug 19, 2023 | 05:30 AM



Sekitar seminggu lalu, impian penyanyi jelita Indonesia, Raisa Andriana, untuk berkongsi pentas sekali lagi dengan barisan artis antarabangsa bukan calang-calang seperti Peabo Bryson dan Michael Bolton, tercapai apabila dilibatkan dalam konsert jelajah Asia, David Foster & Friends Asia Tour 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul.


Pada 19 Ogos, beliau bertambah teruja kerana diundang destinasi gaya hidup paling premium, Resorts World Sentosa (RWS) Singapore, untuk mengadakan konsert di Singapura pula selepas sembilan tahun tidak berkunjung untuk menghiburkan peminat.

Berikut lima soalan yang ditanyakan Berita Harian (BH) kepada pelantun lagu Kali Kedua dan Jatuh Hati ini di ambang konsert With Love, Raisa yang laris dijual.


Soalan (S): Apakah perasaan Raisa dapat kembali ke Singapura? Apakah yang anda ingat tentang konsert pertama di Singapura pada 2014? Apakah yang harapan kali ini?


Raisa: Pastinya pengalaman yang menyeronokkan dan menakjubkan untuk mampu membuat persembahan di luar negara tercinta Indonesia sebab ia menunjukkan bagaimana muzik itu bahasa sejagat dan orang ramai boleh menghargai dan merasakan sesebuah lagu yang disampaikan walaupun ia menggunakan bahasa yang mereka tidak fahami. Perkara ini kekal menakjubkan buat saya.


Kali ini, saya mempunyai lebih banyak lagi lagu untuk disajikan dan tentunya banyak lagi cerita untuk dikongsi. Jadi, jangkakan malam yang penuh dengan perbualan santai bersama saya... saya sangat teruja untuk membuat persembahan di resort destinasi gaya hidup premium, Resorts World Sentosa.

S: Bagaimana kemahiran persembahan anda kian diperkasa tahun demi tahun? Lagu kegemaran untuk dipersembahkan dalam konsert ini kelak? Namakan tiga lagu berkenaan dan mengapa ia jadi pilihan.


Raisa: Terdapat banyak kemahiran yang kami sebagai pemuzik bangunkan hanya menerusi latihan.


Ini meliputi aspek persembahan, menjelajah ke negara atau negeri lain, merakamnya, menelaah lagu itu dan sebagainya.

Justeru, saya banyak memperbaiki aspek-aspek ini sepanjang sembilan tahun saya datang untuk berkonsert di Singapura. Justeru, saya positif pemerkasaan kemahiran ini akan dapat diperlihatkan dalam persembahan saya kelak. Bukan sahaja saya, malah pemuzik yang mengiringi saya juga adalah golongan pemuzik terbaik di Indonesia!

Saya pilih tiga lagu berikut sebagai lagu kegemaran. Love & Let Go... ini lagu baru tetapi kedengarannya agak lama apabila anda mendengarnya buat kali pertama. Anda sangka anda tahu lagu ini tetapi tidak dapat dipastikan dari mana ya? Ia adalah kompilasi semua pengaruh muzik saya iaitu irama R&B 1990-an yang digabung menjadi satu dan pastinya seronok untuk saya dendangkan secara langsung.


Kemudian, Jangan Cepat Berlalu. Ini adalah lagu yang saya tulis untuk anak perempuan saya dan ia segalanya buat saya. Akhir sekali, Kali Kedua sebab lagu ini ikonik dengan jenama Raisa itu sendiri dan masih sangat menyuntik tenaga buat saya tetapi mempunyai ‘jiwa’ pada masa yang sama. Ia juga kegemaran hadirin yang datang ke konsert saya.


S: Anda baru sahaja selesai membuat persembahan bersama David Foster dan menyanyi dengan Michael Bolton. Apakah yang anda bawa pulang sebagai pengalaman indah?


Raisa: Cukup mengagumkan apabila saya melihat cara kerja legenda ini dari dekat.


Mereka begitu memerhatikan butiran terperinci dalam persembahan dan bagaimana mereka dapat menguasai persembahan dan memikat hati ramai yang menonton. Saya suka sangat jika dapat bekerjasama dengan mereka lagi suatu hari nanti.

S: Bagaimana 2023 buat Raisa? Banyak projek dilaksana termasuk dengan Ahmad Dhani bagi lagu Biar Menjadi Kenangan. Apakah yang boleh dijangka sebelum 2023 melabuh tirainya?


Raisa: Saya tidak sabar menghasilkan projek baru sebelum kita melabuhkan tirai 2023 pastinya. Saya terinspirasi daripada banyak peristiwa tahun ini dan menanti masa untuk mengalihkannya sebagai lagu.


S: Apakah ada lagi impian muzik yang ingin Raisa capai? Apa lagi yang ingin dilakukan bagi meluaskan kerjaya selaku penghibur?


Raisa: Banyak lagi impian yang ingin direalisasikan. Saya ingin adakan konsert dengan iringan orkestra, mungkin sebuah muzikal. Saya ingin bikin lagu kanak-kanak atau kemungkinan satu lagi kolaborasi dengan artis dari serata dunia. Justeru, jangkakan banyak lagi daripada saya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >