Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Ramayana’ dianggap filem India termahal dengan bajet AS$100j

May 15, 2024 | 4:41 PM
Ranbir Kapoor dipilih sebagai pelakon utama dalam filem epik. ‘Ramayana’, yang diberi bajet AS$100,000 ($134.9 juta).
Ranbir Kapoor dipilih sebagai pelakon utama dalam filem epik. ‘Ramayana’, yang diberi bajet AS$100,000 ($134.9 juta). - Foto INSTAGRAM BOLLYWOOD HUNGAMA

Meskipun tiada kenyataan rasmi mengenai status penerbitan atau keterangan lanjut tentang barisan pelakonnya, filem adaptasi epik Hindu, Ramayana, dianggap sebagai filem India paling mahal yang pernah diusahakan.

Pengarah filem itu, Nitesh Tiwari, dikatakan diberi bajet AS$100 juta ($134.9 juta) untuk menghasilkan projek yang dibintangi Ranbir Kapoor dan ikon filem India Selatan, Sai Pallavi, selaku pelakon utama yang akan membawakan watak Ramayana dan Dewi Sita.

Ramayana bukan sahaja sebuah filem malah berupaya mencetus emosi sesiapa sahaja.

“Justeru, pembikin filem ini sudah pun berusaha memastikan ia akan menjadi satu fenomena sejagat,” jelas sumber yang dipercayai kepada laman web, Bollywood Hungama.

Menurut laporan awal, pengasas dan pengarah bukan eksekutif Prime Focus Limited dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat DNEG, Namit Malhotra, merupakan penerbit projek itu.

Namit dikatakan menggunakan pengalamannya di peringkat dunia untuk menjadikan filem Ramayana satu projek berskala besar.

“Bajet AS$100 juta yang ditetapkan hanya untuk bahagian pertama filem ini. Dengarnya, Namit merancang memperluas projek ini lagi sedang francaisnya berkembang.

“Idea yang diketengahkan dahulu adalah dalam membawa penonton menikmati perjalanan Ramayana menerusi pemilihan Ranbir sebagai pelakon utamanya.

“Kerja pasca penerbitan filem ini akan mengambil masa 600 hari. Ini petanda pelaburan yang ditetapkan sangat besar untuk memastikan satu kisah epik dapat ditayangkan di peringkat sejagat,” ujar sumber berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg