Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Rapper’ dan rakan penganjur berkobar serap semangat M. Nasir

Jul 19, 2023 | 05:30 AM



Melihat seniman legenda, Datuk M. Nasir, masih penuh bertenaga dan semangat membuat persiapan bagi konsert Gendang Pati di The Star Theatre pada Sabtu ini, rapper dan penerbit Singapura, Atrez, yang merupakan antara pasukan penganjur acara, turut berasakan cetusan inspirasi untuk terus berjuang dalam bidang seni.


Bergerak di bawah Muse+, Atrez dan rakan-rakannya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muse Group Pte Ltd, Encik Riduwan Matni, serta pempengaruh sosial dan penjana kandungan Sujimy Mohamad, tidak dapat menafikan Nasir yang baru meraikan ulang tahun ke-66 pada 4 Julai lalu, memberikan contoh terbaik seorang seniman yang tidak pernah lelah dan jenuh berkarya.

“Kami semakin bersemangat melihat dedikasi, komitmen dan nyala rasa M. Nasir di dalam setiap sesi latihan yang beliau jalani untuk konsert tersebut. Bagi saya, melihat legenda yang gigih bekerja dan berkarya merupakan sesuatu yang memberi kita gambaran bahawa usia tentunya bukan faktor untuk mencapai apa yang minda ini ingin bayangkan. Kami bertiga bahkan dapat melihat usaha dan komitmen bukan 100 peratus tetapi lebih daripada itu... 1,000 peratus mungkin daripada insan berpengalaman sepertinya,” ujar Atrez atau nama sebenarnya, Muhammad Nuridris Mohamad Samshuddin, 37 tahun.

Ditanya apakah yang membuatkan Muse+ ingin mengetengahkan M. Nasir dalam sebuah konsert, Atrez berkata beliau dan rakan-rakannya mengimpikan membawa pulang anak seni Singapura yang memulakan perjalanan seni dan berkarya di negara ini dahulu kembali ke tanah tumpah darahnya sebagai mencetus inspirasi, contoh dan teladan kepada generasi muda.

Ini merupakan kali pertama Gendang Pati dijadikan tema dan konsep sesebuah konsert oleh M. Nasir. Ia juga merupakan sesuatu yang dicipta khas untuk konsert di Singapura dengan alat muzik genderang dan gendang dimanfaatkan.


Ditanya apakah trend banyak konsert antarabangsa dan serantau membanjiri Singapura akan menyebabkan penonton menjadi lelah dan payah membeli, Atrez positif lebih ramai teruja daripada kepenatan.

“Sebabnya, setiap artis mempunyai tukikan tersendiri. Sebagai contoh, M. Nasir sebagai legenda yang menitikberatkan mutu persembahan, mempunyai demografik peminat yang khusus. Kita dapat lihat peminat setia ‘laju’ sahaja menempah tiket VIP. Tapi pastinya kami juga cuba mendekati generasi muda agar mula mencintai muzik bermutu M. Nasir,” ujarnya.

Butiran konsert boleh diperolehi di laman www.museplus.biz manakala tiket berharga $118 ke atas boleh ditempah menerusi https://startix.sg/. HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >