Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Rapper' S'pura, ABANGSAPAU, singkap suka duka Lebaran

Bakat muda beranikan diri cipta lagu Raya, 'Cahaya' untuk kenang mereka yang tiada dalam hidupnya
Apr 15, 2023 | 05:30 AM



PENYANYI rap Singapura, ABANGSAPAU, atau nama sebenarnya, Muhammad Shazuan Shiraj Abdullah, tidak pernah terfikir untuk menghasilkan lagu Hari Raya sebelum ini.



Tidak terlintas pun di hatinya ingin menjana karya hit yang bertujuan mengatasi kehebatan lagu Lebaran nostalgia yang tidak lapuk ditelan masa.



Bagaimanapun, banyak pengalaman hidup sejak dua tiga tahun ini, khususnya semasa pandemik Covid19 melanda, yang membuat ABANGSAPAU, 23 tahun, terdorong mengilhamkan lagu terkini Cahaya sempena musim Lebaran.



Ikuti wawancara Berita Harian (BH) bersamanya yang diselaras label rakaman Universal Music Singapore.



Soalan (S): Apakah yang buat anda hasilkan 'Cahaya'?



ABANGSAPAU: Saya tidak pernah membayangkan akan terhasil sebuah lagu Raya daripada ilham saya sendiri.



Bagaimanapun, ketika duduk di studio, saya terfikir tentang sambutan Hari Raya yang pastinya menggembirakan tetapi tidak lepas daripada wujud kesedihan dalam sanubari kita. Ia pengalaman masam-masam manis dan penuh suka duka.



Seberapa banyak yang kita usaha untuk ceriakan sambutan Hari Raya kita, tetapi pastinya kita akan mengingati mereka yang kita rindui, baik yang sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya, berpindah atau berada jauh di rantauan.



Setiap Hari Raya, anggota keluarga yang menyambut Lebaran dengan kita akan menjadi semakin sedikit kerana faktor yang saya sebut tadi.



Cahaya adalah pengamatan saya tentang keindahan Hari Raya, bagaimana saya dewasa sebagai seorang manusia menyambut 1 Syawal.



Ia juga satu peringatan kita tidak keseorangan dalam mengharungi kesedihan dalam keceriaan.



Walau situasi keluarga kita sulit untuk dibincangkan, kita tetap akan menyambut Hari Raya dengan penuh harapan. Saya harap Cahaya menyinari hidup pendengar.



S: Apakah cabaran menghasilkan lagu ini?



ABANGSAPAU: Saya tidak mahu meniru lagu Raya yang ada walaupun pencetus ilham saya adalah lagu ikonik Anuar dan Ellina, Suasana Di Hari Raya dan Black Dog Bone, Cahaya Di Aidilfitri.



Saya bikin lagu pun bukan untuk menjadikannya lagu Hari Raya yang hit. Kita sudah pun mempunyai lagu Lebaran yang klasik. Justeru, tidak perlu bikin lebih banyak lagi lagu Raya sebegitu.



Justeru, saya pastikan lagu saya ini kedengaran unik dan asli. Saya juga harus peka dengan lirik yang ditulis agar ia boleh dihadam ramai.



S: Pengalaman peribadi mencorak ilham 'Cahaya'?



ABANGSAPAU: Pastinya sebab saya kehilangan ramai anggota keluarga beberapa tahun yang sudah.



Pada 2020, bapa saya meninggal. Sebelum itu, datuk saya dan tahun ini, nenek saya pula meninggalkan kami.



Kakak yang sudah berumah tangga dan melahirkan anak juga berpindah rumah untuk bina kehidupannya sendiri.



Kerana itu, lirik lagu saya berbunyi, 'Ada pergi, ada pulang'.



Antara yang saya sisipkan dalam lagu ini adalah pesanan mama saya agar saya memaafkan diri saya sendiri dan bebaskan diri saya daripada perkara silam yang membebani fikiran.



Tidak cukup rasanya untuk hanya mengucapkan maaf zahir batin kepada orang lain tetapi tidak memaafkan diri sendiri atas dosa-dosa kita.



S: Kenangan manis bersama papa sewaktu hari Raya?



ABANGSAPAU: Semasa mama dan papa saya masih bersama, ia merupakan Hari Raya yang membahagiakan.



Kami bangun tidur awal dan kecoh-kecoh. Pastinya ada perkara yang ingin dilakukan. Akan ada yang lambat bangun dan lambat nak siap.



Papa selalu masak di dapur. Kemudian kami ke rumah nenek sebelah ibu. Suasana sekarang lebih berbeza.



S: Apakah perancangan untuk Hari Raya tahun ini?



ABANGSAPAU: Saya ingin belikan abang dan adik saya sepasang kurung biru, sama macam baju kurung yang saya gunakan untuk foto dan video promosi Cahaya.



Kami akan bersolat Raya bersama sebelum menemani ibu ke rumah nenek.



Saya juga tidak sabar mengemas rumah bersama keluarga kerana sebelum ini sekitar dua tahun lalu, saya berpindah untuk berdikari, jauh dari keluarga.



Tapi tahun ini, saya kembali tinggal dengan keluarga. Jadi saya akan meraikan Hari Raya secara sederhana tetapi istimewa.



S: Apa yang dilakukan di Amerika semasa ke sana waktu pandemik?



ABANGSAPAU: Ketika itu, saya memang murung dan dah tak tahan lagi duduk terkurung di Singapura.



Saya habiskan masa di Los Angeles, berhampiran Hollywood dan New York untuk tiga minggu.



Orang sana tengok saya yang bersarung... mereka hairan dan sangka saya orang Mexico!



Kunjungan itu membuat saya lebih bersyukur sesudah melihat golongan yang hidup gelandangan tanpa rumah.



Semua orang hadapi kegetiran.



Yang penting, saya ingin 'pelan-pelan kayuh' dan berniat ikhlas dalam berkarya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >