Sebagai seorang ibu yang pertama kali mempunyai anak yang akan melangkah masuk ke Darjah 1, saya tidak boleh lari daripada dilanda rasa resah.

Ini kerana peralihan dari sekolah ‘makan-makan’ (tadika) ke Darjah 1 bukan kecil, tetapi memerlukan persediaan rapi.