Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rezeki anak seni

Farah bersyukur ikut cakap ibu

Meskipun baru berusia 25 tahun ke bawah, bakat muda Nusantara ini sudah menetapkan cita-cita untuk mewarnai dunia hiburan dengan merentas saluran televisyen, meneroka di luar bahasa ibunda ataupun mencuba wadah baru seperti filem. BERITA MINGGU melaporkan kisah impian dan aspirasi mereka menguasai persada seni.
Jan 15, 2023 | 05:30 AM



LIMA tahun lalu, pengacara dan pelakon Singapura Farah Farook menyertai peraduan realiti mencari bakat baru Elit Suria untuk memenuhi permintaan ibunya yang ingin melihatnya mengembangkan bakat seni ke kaca televisyen.



Beliau yang ketika itu baru juga kehilangan bapanya yang meninggal dunia dua hari menyusuli kepulangannya daripada program bekerja sambil belajar di luar negara enggan menghampakan ibunya.



Namun, apabila diimbas balik semua pengalaman yang awalnya dianggap sebagai satu 'paksaan ibu', Farah, kini 25 tahun, bersyukur hajat ibunya itu dipenuhi bahkan doa ibu jugalah yang membuatnya masih meneruskan rezeki sebagai anak seni di Singapura.



Farah yang sebelum ini mengacarakan rancangan muzik tempatan Singapura LIVE 3.0 bersama Fauzie Laily dan Shenty Feliziana, sudah dua kali mengacarakan program kanak-kanak.



Pada bulan ini, anda dapat menyaksikannya mengacarakan Juara Mic Junior (Musim Kedua) bersama gandingan serasinya Zhin Sadali dan hos cilik Niq Aqimi.



Sebelum ini, Farah dan Zhin turut mengacarakan rancangan infopendidikan kanak-kanak Projek L.I.T (Musim Pertama dan Kedua).



Ikuti wawancara Berita Minggu (BM) bersama Farah, lulusan Politeknik Ngee Ann (NP), yang kini bertugas sepenuh masa bersama aplikasi TikTok sebagai spesialis audit pengiklanan.



Satu pencapaian Farah yang boleh dibanggakan adalah beliau dipilih untuk menjadi satu-satunya watak Melayu, Rekrut Fatimah, dalam filem tentera wanita Jack Neo, Ah Girls Go Army.



Soalan (S): Bagaimana perjalanan seni Farah bermula?



Farah: Terus terang saya katakan ibu saya memaksa saya memasuki Elit Suria.



Kami sedang menghadapi waktu sukar kehilangan ayah ketika itu. Saya baru habis pengajian di NP dan menanti masa untuk menerima diploma saya.



Saya tidak begitu yakin dunia seni adalah untuk saya pada awalnya meskipun saya aktif berlakon di sekolah menengah dahulu. Saya memasuki Kelab Drama ketika itu.



Apabila masuk politeknik, saya malu-malu tetapi ibu yang memberi kepercayaan saya semula. Saya ikutkan sahaja kemahuan ibu. Saya rasa dalam peraduan Elit Suria, sayalah peserta paling lemah khususnya dalam soal penguasaan bahasa Melayu.



Sebabnya, saya berbual bahasa Inggeris di rumah dan sekolah. Kalau berbual bahasa Melayu, ramai yang mengesan ada 'slang' Inggeris yang ketara pada pertuturan saya.



Namun, hari demi hari, berkat doa ibu saya, saya mengharungi satu demi satu pusingan dalam Elit Suria hingga akhirnya mendapat tempat ketiga.



Saya hanya mahu buat yang lebih baik setiap hari. Rezekinya Alhamdulillah. Saya mengacara Singapura LIVE 3.0 dan berlakon dalam drama Rapuh sebagai teman dan kekasih watak yang dibawakan Iskandar Shah.



Mengacara di hadapan penonton yang datang secara 'live' adalah yang tidak dapat saya lupakan. Pengalaman cukup 'menggila'!



Saya kemudian ditawarkan untuk berlakon dalam drama susulan Lion Mums iaitu Tribes di saluran Inggeris.



S: Bagaimana pengalaman mengacarakan program kanak-kanak?



Farah: Apabila berdepan dengan penonton kanak-kanak, tenaga paling mustahak. Kadangkala penat juga sebab mereka aktif.



Saya juga lebih berhati-hati dalam hantaran Instagram saya. Kanak-kanak ini akan melihat saya dan Zhin sebagai contoh. Kita tak boleh berbual sesuka hati dan merapik.



Pastikan hantaran Instagram saya membina dan memberi inspirasi buat mereka.



S: Bagaimana pengalaman mengacara dengan Zhin?



Farah: Kami memang memiliki keserasian sehinggakan saya boleh sambung apa yang nak beliau sampaikan dan beliau juga begitu. Maklumlah, kami dulu tinggal berjiran dan akan berlari-lari anak bersama pada hujung minggu.



Daya pemikiran kami sama. Kami memiliki daya humor serupa. Kalau terkesan rasa panik dalam pengacaraan, kami saling membantu.



S: Kongsi pengalaman Farah dalam filem 'Ah Girls Go Army'.



Farah: Saya rasa bertuah berkerjasama dengan Jack Neo, ikon filem Singapura.



Selepas berlakon dalam filem ini, saya boleh katakan saya dah dapat rasa pengalaman masuk hutan, dikelilingi serangga dan pakai palitan krim 'camo' pada wajah sehingga keluar jerawat!



Saya pastikan saya dapat mengubah stereotaip yang dikaitkan dengan orang Melayu, misalnya malas dan melepak. Jadi dalam filem ini, saya adalah Rekrut Fatimah yang paling cergas dan kerja keras.



Saya berada di set selama 12 hingga 18 jam setiap hari. Saya juga paling hargai pengalaman membina rangkaian persahabatan. Pelakon mapan di saluran Vasantham, Eswari Gunasagar, seperti kakak saya yang selalu menasihati.



Orangnya rendah hati walaupun sudah meraih pencapaian membanggakan seperti menangi Anugerah Televisyen Asia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >