Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Dikata meninggal, Shah nasihati 'TikToker' usah sebar berita palsu

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



PELAKON drama Gerak Khas dan Nora Elena, Shah Iskandar Mahfuz, terkejut apabila tersebar video TikTok tular yang menyatakan dirinya konon sudah meninggal dunia.



Shah, 39 tahun, bakat asal Singapura yang kini berpangkalan di Malaysia, memaafkan individu berkenaan tetapi berpesan kepada pengisi kandungan TikTok agar berhati-hati, memeriksa fakta dan tidak menyebar berita palsu.



"Kepada yang cuba buat video tular saya meninggal dunia kerana kemalangan, tidak mengapa, saya maafkan," jelas Shah dalam hantaran Instagram yang ditukil laman Kosmo! Online.



Shah bersyukur kerana masih lagi bernyawa dan menafikan dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya.



"Ada lagi... masih hidup. Alhamdulillah," kongsinya.



Beliau juga menasihati warganet supaya jangan terlalu percaya pada sesuatu berita tanpa mendapat kesahihannya.



"Lain kali periksa dahulu betul atau tidak, sebelum nak letak (kongsikan) dalam TikTok," jelasnya.



Hasil carian Kosmo! Online dalam Internet mendapati, berita tentang 'kematian' Shah sebenarnya melibatkan seorang pelajar berusia 17 tahun, Shah Iskandar Nor Haszemi yang memiliki nama sama seperti pelakon tersebut.



Dalam kejadian yang berlaku pada November tahun lalu itu, remaja bernama Shah Iskandar itu maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di kilometer 24, Jalan Seremban - Kuala Pilah berdekatan Jalan Kampung Gedang Terachi, Negeri Sembilan.



Akibat daripada kemalangan tersebut, beliau yang menunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >