Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rizman Ruzaini tekankan Aliff Aziz bukan artis utama kempen fesyen Raya

Mar 18, 2024 | 2:04 PM
Usahawan fesyen, (dari kiri) Ruzaini Jamil dan Rizman Nordin, enggan mencampuri urusan peribadi membabitkan artis kontroversi, Aliff Aziz (kanan), yang menjadi wajah ilham tetapi bukan artis utama dalam Koleksi Aidilfitri Rizman Ruzaini 2024.
Usahawan fesyen, (dari kiri) Ruzaini Jamil dan Rizman Nordin, enggan mencampuri urusan peribadi membabitkan artis kontroversi, Aliff Aziz (kanan), yang menjadi wajah ilham tetapi bukan artis utama dalam Koleksi Aidilfitri Rizman Ruzaini 2024. - Foto INSTAGRAM RIZMAN RUZAINI

Pereka fesyen dan duo terkenal, Rizman Ruzaini, enggan mencampuri urusan peribadi membabitkan artis kontroversi, Aliff Aziz, biarpun menjadi wajah ilham (muse) koleksi Aidilfitri 2024.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan jenama fesyen berkenaan, Rizman Nordin, memberitahu Berita Harian Malaysia (BHM), pihaknya sebolehnya cuba mengelak kontroversi dengan menjalankan pekerjaan seperti biasa.

‘Muse’ merujuk pada wajah asal selebriti yang menjadi inspirasi bagi koleksi Aidilfitri. 

“Kami dari dulu tak masuk campur urusan peribadi ‘muse’. Kami seboleh-boleh tak nak ada kontroversi.

“Kalau tengok adalah sikit komen di Instagram (IG) yang negatif. Tapi kalau nampak saya padam dan sekat. Ini ‘rumah’ saya, kalau orang datang mencemarkan saya akan buat begitu.

“Kami tak terkesan sebab selebriti kami ramai, Kedua, koleksi kami sangat besar, jadi tidaklah tercalit sangat pada kami.

“Dia (Aliff) bukan wajah utama untuk kempen Aidilfitri tahun ini (2024),” katanya ketika ditemui BHM pada majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di Rumah Tangsi, pada 16 Mac.

Rizman menjelaskan, kerjasama dengan Aliff hanya untuk sesi fotografi manakala isteri Aliff, Bella Astillah, mempunyai komitmen tambahan bersama jenama mereka.

“Kerjasama dengan Aliff semasa sesi fotografi itu sahaja. Tapi, untuk Bella kita ada ‘meet and greet’ (temu mesra) bersama pembeli. Kalau hendak ikutkan sebelum pemilihan artis kami sudah tapis untuk elak kontroversi.

“Sebabnya, perkara itu akan beri kesan kepada imej sesebuah jenama. Kami memasarkan perniagaan... jadi tak boleh ada isu-isu kontroversi.

“Kami tak percaya ungkapan mengatakan kontroversi buruk adalah taktik pemasaran. Saya percaya semuanya kerana hasil kerja,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Ruhainies yang juga terkait dengan kontroversi dakwaan khalwat bersama Aliff Aziz pula telah menarik diri daripada menyertai acara jualan, StarVendors Mega Raya Festival (SV), yang bakal berlangsung antara 29 Mac dengan 1 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut kenyataan Ruhainies kepada penganjur acara, Ifa Raziah, beliau tidak mahu perniagaan orang lain terkesan disebabkan namanya ada di dalam acara tersebut.

“Anis dah lama fikir sebab Anis tak nak kerana Anis bisnes orang lain terkesan. Anis faham. Insya-Allah ada rezeki Anis di tempat lain. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi,” katanya.

Sebelum ini, Ifa tampil menjernihkan keadaan dan memohon peminat Ruhainies dan Bella Astillah tidak bertindak untuk memboikot acara, StarVendors Mega Raya Festival.

Selaku penganjur, Ifa berkata, beliau perlu bersikap profesional, begitu juga mana-mana selebriti serta peminat yang bakal berkunjung ke acaranya kelak kerana SV menghimpunkan lebih 50 selebriti serta ramai peniaga.

Awal sebelum ini, wajah Ruhainies dikaburkan dalam iklan Ramadan produk kecantikan dan kesihatan Korea yang enggan ada kena-mengena dengan artis yang diselubungi kontroversi.

Iklan itu turut menampilkan pelakon Hisyam Hamid dan penyanyi Wany Hasrita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg