Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Wajah Ruhainies dikabur dalam iklan produk kecantikan susulan kes khalwat

Mar 15, 2024 | 06:20 PM



KUALA LUMPUR: Sebuah jenama produk kecantikan dan kesihatan Korea, telah mengambil tindakan terhadap salah satu iklan Ramadannya yang melibatkan pelakon Malaysia Ruhainies, susulan kes tangkapan khalwat membabitkan beliau dan penyanyi serta pelakon asal Singapura, Aliff Aziz.

Dalam satu iklan ‘Kitsui Ramadan Greeting dan Kitsui Raya’ dimuat naik di akaun media sosial Kitsui Malaysia pada pagi 15 Mac, kelihatan wajah pelakon tersebut dikaburkan diikuti dengan kenyataan bahawa jenama itu tidak menyokong mana-mana pihak kelakuan buruk atau kontroversi.

Dalam kenyataan rasminya, jenama Kitsui berkata penggambaran iklan tersebut menggabungkan tiga artis terkenal iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

“Sempena bulan Ramadan ini, Kitsui dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air,” kata jenama itu dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial.

Kitsui menjelaskan pemilihan tiga artis berkenaan untuk menjayakan rakaman iklan tersebut dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023

Sambung kenyataan itu, berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, Kitsui berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut dibuat pada Disember 2023.

Seramai 100 kru produksi terlibat dalam menjayakan iklan ini, jelas Kitsui.

Ia menegaskan dengan tulisan huruf besar: “Kitsui tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi.”

Jenama itu berkata ia berniat menginfaqkan sebahagian keuntungannya kepada pihak-pihak yang memerlukan terutama rumah anak-anak yatim sambil mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada semua umat Islam.

Ruhainies, atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, terdahulu ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah yang dikatakan milik Ruhainies pada 8 Mac bersama Aliff.

Kedua-dua pelakon tersebut telah masing-masing mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >