Lagu-lagu kumpulan Search yang mengembalikan nostalgia seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Pelesit Kota memang dinanti-nanti apabila kaki ini melangkah ke Teater Mediacorp pada Isnin malam.
Walaupun yang mendendangkan lagu-lagu ini bukan penyanyi asal iaitu Datuk Amy Search, rasa teruja itu tetap ada bagi menyaksikan pemuzik yang pernah mengiringinya tampil dengan vokalis dari Indonesia, Den Den Gonjalez.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg