Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rosyam ada formula hadapi kecaman

Mar 20, 2024 | 03:30 PM



Hampir empat dekad bergelar anak seni, pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, 57 tahun, masih tidak lekang kontroversi dek kelantangan berbicara hingga ada kalanya, menjerat diri.

Menganggap kecaman sebagai suara nakal, Rosyam mengaku ada cara sendiri dalam berdepan tohmahan.

“Saya akan berdiam diri bagi mengelak isu jadi lebih besar. Ini dunia media sosial, semua orang kena tanggung kecaman. Kalau hendak semua komen yang baik, memang susah.

“Terima sajalah secara terbuka. Kita sendiri yang ketengahkan, jadi kalau orang komen nak buat macam mana? Buat apa nak marah-marah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Karnival Meriahnya Raya bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di pusat beli-belah Datum Jelatek di Malaysia, baru-baru ini.

Rosyam ‘panas’ lagi apabila memberi pandangan mengenai faktor pusat pelacuran masih beroperasi di Malaysia pada sesi podcast hingga dikritik hebat.

Rosyam yang dilantik Duta Keusahawanan PKNS berkata apa yang berlaku sebelum ini adalah salah faham.

“Sebenarnya, mereka kena faham program yang saya kendalikan itu. Apabila tidak faham, sebab itu ada yang pertikai.

“Tetapi lama-kelamaan, orang mula faham mengenai program itu. Apa yang bagusnya, kontroversi itu membantu menaikkan pengikut saya,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Sementara itu, Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, terus berpegang dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah insan tersayang bagi mengelak mereka terganggu.

“Glamor adalah sesuatu yang sukar dibendung. Jadi, sebab itulah saya tak nak babitkan keluarga. Saya seronok dengan cara ini. Sampai hari ini, saya tidak kongsi gambar dengan keluarga.

“Kalau dahulu ada media sosial sekalipun, saya tetap dengan prinsip ini. Dahulu, ada sahaja wartawan yang hendak buat sesi fotografi bersama keluarga, namun, saya tolak dan mereka faham,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >