Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rosyam Nor tidak pernah terjerat dengan cinta lokasi

Jun 18, 2024 | 5:30 AM
Rosyam Nor
Pelakon, Rosyam Nor, mengakui tidak pernah terjerat cinta lokasi meskipun sering digandingkan dengan pelakon jelita, termasuk Nasha Aziz. - Foto KOSMO!

Sudah berlakon dengan deretan aktres jelita termasuk Nasha Aziz, pelakon Datuk Rosyam Nor, mengakui tidak pernah terjerat cinta lokasi, malah kekal profesional sebagai aktor.

Menurut Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin, 57 tahun, beliau boleh beraksi dengan sesiapa pun namun sentiasa sedar statusnya sebagai suami orang.

“Macam aku berlakon dengan ramai pelakon termasuk Nasha Aziz. Semasa bergandingan dalam filem aku kena jatuh cinta dengan dia tapi luar set, aku kawan dengan dia.

“Bila kita dah letak batas sebagai kawan, kita tengok dia pun tak rasa apa-apa.

“Lagipun, bini aku lawa, kau tak kenal bini aku. Bini aku lagi lawa dari Nasha Aziz,” katanya menerusi podcast yang dihoskan DJ Nazz.

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Nasha menerusi filem, Laila Isabela, sebelum ini, Rosyam mengakui aktres terbabit banyak membantunya dari segi pemilihan pakaian yang sesuai untuk menjayakan watak bagi filem tersebut.

“Masa kami buat filem itu, kami tak ada ‘wardrobe’ tertentu yang dijaga. Nashalah yang banyak bantu aku, dia suruh aku ajar dia berlakon dan pakaian aku, dia siapkan.

“Dia kan model, dia tahu pasal fesyen. Aku bodoh, anak setinggan mana tahu macam mana nak bergaya.

“Dia yang banyak ajar aku, dia suruh aku beli baju dan dia tolong siapkan pakaian untuk setiap babak. Sebab itu penampilan aku lain dalam filem tersebut. Meletop filem itu,” ujarnya panjang lebar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan ‘Hero Malaya’ itu, selain menyifatkannya sebagai selebriti yang bebas kontroversi melibatkan rumah tangga dan keluarga.

Bukan hanya itu, netizen turut berpendapat keserasian antara Rosyam dengan Nasha sangat sukar digugat mana-mana gandingan pelakon sehingga ke hari ini.

“Mesti bangga isteri Datuk Rosyam ni, pandai dia jaga hati isteri. Bahagian pakaian itu betul, nampak lain penampilan Datuk dalam filem, Laila Isabela, tak sangka Nasha Aziz rupanya yang gayakan,” komen netizen itu.

Rosyam mendirikan rumah tangga dengan Datin Runika Mohd Yusof pada 1989 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata.

Sepanjang hayat bergelar anak seni, bintang filem, KL Menjerit, itu menetapkan pendirian untuk tidak berkongsi gambar atau video bersama isteri dan anak-anaknya dalam mana-mana media cetak mahupun elektronik untuk tujuan publisiti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg