Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ruhainies bingit difitnah tunang dengan Aliff Aziz

Jun 25, 2024 | 3:17 PM
Pelakon Ruhainies, tidak teragak-agak membawa pemilik akaun @kaddigitalmurah ke muka pengadilan kerana memfitnah dengan menularkan kad digital pertunangan antaranya dengan Aliff Aziz, hanya untuk tujuan perniagaan, sedangkan perkara itu tidak benar.
Pelakon Ruhainies, tidak teragak-agak membawa pemilik akaun @kaddigitalmurah ke muka pengadilan kerana memfitnah dengan menularkan kad digital pertunangan antaranya dengan Aliff Aziz, hanya untuk tujuan perniagaan, sedangkan perkara itu tidak benar. - Foto INSTAGRAM KADDIGITAL.MURAH

Angin tak ada, ribut tak ada... tahu-tahu muncul pula kad jemputan digital yang mengkhabarkan pertunangan pelakon Ruhainies dengan pelakon dan penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz.

Perkara itu langsung membuat Ruhainies, 31 tahun, atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, bengang sebab perkara itu sama sekali tidak benar dan dianggap fitnah.

Ruhainies melahirkan rasa kesal terhadap individu yang menjadi dalang penyebaran kad digital itu.

Menerusi perkongsian di InstaStory (IGS), Ruhainies berkata beliau tidak akan menghalalkan pihak itu mempromosikan perniagaan mereka dengan menggunakan namanya tanpa izin demi menaikkan jumlah pengikut.

“Kepada pemilik laman berkenaan (@kaddigitalmurah), saya akan pastikan anda perlu bertanggungjawab atas penyebaran fitnah ini.

“Ia juga pengajaran buat syarikat lain yang tidak bertanggungjawab dan selama ini mereka-reka cerita untuk menaikkan jumlah pengikut dan penonton IGS mereka.

“Saya dah lama sangat berdiam. Kepada pengguna IG yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media sosial.

“Fitnah dah jadi kebiasaan untuk mereka ni. Dunia ini dah terlalu tenat,” ujar Ruhainies.

Beliau turut meminta pengikutnya mengirimkan pesanan langsung kepadanya seandainya ada berita tentang akaun lain yang menyebar fitnah seperti itu.

Menurutnya, segala kenyataan yang dikeluarkan di media sosial dan bukan temu bual daripadanya sendiri adalah palsu.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya pihak tersebut tidak memadam hantaran berkenaan.

Begitulah hakikatnya dunia media sosial ini.

Semakin menjadi-jadi dengan kes fitnah-memfitnah dan peniaga yang mengambil kesempatan atas kontroversi yang tular, sebagaimana berlakunya kepada Ruhainies yang didakwa berkhalwat dengan Aliff di sebuah kondominium mewah, sebelum bermulanya Ramadan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg