Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ruhainies jelas Aliff Aziz dan dirinya ‘hanya kawan’

Mar 12, 2024 | 01:59 PM



Pelakon Malaysia, Ruhainies, atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, menegaskan bahawa beliau dan penyanyi yang juga pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, hanya kawan.

Ini didedahkannya kepada Harian Metro selepas mereka berdua ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah yang dikatakan milik Ruhainies pada 8 Mac.


“Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Terjerat.


“Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti,” katanya.

Ruhainies, 32 tahun, turut menegaskan bahawa ada beberapa fakta yang tidak tepat mengenai laporan penangkapan mereka seperti yang diuar-uarkan, sekali gus menimbulkan lebih banyak spekulasi.

“Tiga puluh minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.

“Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai,” katanya.

Ruhainies turut mendakwa beliau belum memberikan sebarang kenyataan dan segala yang dikeluarkan di mana-mana platform sebelum ini bukanlah kenyataannya.

Ditanya sama ada beliau bersedia memberikan kenyataan rasmi berhubung dakwaan khalwat dengan Aliff, Ruhainies berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila tiba masanya.

“Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” tambahnya.

Di dalam hantaran Instagram isteri Aliff, pelakon Bella Astillah pula, dimaklumkan Aliff tidak lagi terlibat dalam penggambaran drama, Terjerat untuk aplikasi iQiyi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >