Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sabariah Ramilan bersara dari penyiaran selepas lebih 4 dekad

Aug 06, 2023 | 05:31 AM



Setelah menceburi bidang penyiaran selama lebih 40 tahun, Cik Sabariah Ramilan telah melepaskan kededua jawatan Ketua Perhubungan Komuniti Melayu dan Ketua Eaglevision, Mediacorp pada Sabtu untuk bersara.

Jawatan Ketua Perhubungan Komuniti Melayu kini disandang Encik Sujadi Siswo, yang masih mengekalkan jawatannya selaku Ketua Editor BERITA & Ehwal Semasa Melayu. Dalam pada itu, amanah sebagai Ketua Eaglevision pula disandang penerbit eksekutif Mediacorp, Cik Fadila Abdul Wahid.

Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Cik Sabariah, yang berusia 60-an tahun, berkata kerjaya penyiaran itu sebati dengan jiwanya sehinggakan beliau berusaha menggarap pelbagai kemahiran menjana kandungan dan unsur teknikal seperti pencahayaan tatkala menjalankan tugas sebagai pengkaji rancangan, penulis pengkaji, penerbit dan penerbit eksekutif pada awalnya.


“Pada waktu itu, tiada kursus khusus tentang media massa. Saya lulusan Sosiologi dan mengambil subjek minor Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS). Ketika masih mahasiswa, saya ‘dilamar’ deejay Jabbar Hanieff untuk menulis dan menerbitkan rancangan radio untuk beliau. Pengetahuan saya memang sifar. Saya belajar daripadanya cara buat kajian dan skrip. Dari situ, minat saya timbul.

“Semasa menetap di asrama kampus pula, saya banyak meluangkan masa menonton televisyen dan agak kritikal tentang program hiburan dan drama yang disiarkan.”

Program Hiburan Minggu Ini (HMI), dokumentari Warisan Kita dan rancangan kanak-kanak ikonik Mat Yoyo merupakan beberapa program pertama yang diserahkan kepadanya sebagai pengkaji program dan penulis pengkaji.


Beliau melihat evolusi wadah penstriman dan arus teknologi yang membawa impak pada dunia penyiaran televisyen sebagai antara cabaran yang perlu ditangani karyawan penyiaran alaf baru.

“Kita tidak mampu ketinggalan sebab budaya menonton televisyen sebagai kegiatan keluarga juga sudah berubah, apabila program boleh ditonton dalam talian dan menerusi telefon bimbit dan tablet. Kami juga mengambil pendekatan menyunting bakat pempengaruh sosial seperti Zhin Sadali untuk menerajui program Hilang dan kini Manja. Ini berjaya menarik pengikut generasi muda untuk menonton Suria,” tambah Cik Sabariah.


Beliau berterima kasih kepada sumber inspirasinya dalam bidang penyiaran, Encik Suhaimi Jais, Encik Mockram Kassim, Encik Amiruddin Abbas dan Allahyarhamha Asmah Laili, kerana mengajarnya erti kesabaran, ketekunan, kepekaan dan penekanan bahasa dan budaya dalam penyiaran.

“Selepas bersara, saya akan meluangkan lebih masa untuk keluarga dan cucu di Sydney, Australia. Selepas itu, saya akan memikirkan kemungkinan terlibat dalam projek runding cara penerbitan,” tambah Cik Sabariah.







Encik Sujadi, yang berusia 50-an tahun, menyifatkan Cik Sabariah sebagai salah satu tunggak utama dalam industri televisyen Singapura berbekal prestasi cemerlang selama lebih empat dekad yang tidak diragui.

“Cik Sabariah sangat akrab dengan masyarakat Melayu. Saya menghadapi cabaran meneruskan usaha beliau yang cemerlang. Dalam menggalas tugas ini, saya akan berusaha gigih untuk mendekatkan lagi Mediacorp dengan masyarakat Melayu,” jelasnya.







Cik Fadila, 43 tahun, yang menganggap Cik Sabariah sebagai ketua yang memberi inspirasi kepadanya sejak berkhidmat di Mediacorp berkata:

“Cik Sabariah tidak lokek ilmu dan nasihat, sentiasa positif dan memberikan kebebasan bagi saya mempraktikkan kreativiti dalam setiap karya saya. Tentunya persaraannya akan meninggalkan kesan namun semangatnya akan tetap berada di Eaglevision.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >