Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Scoot lancar penerbangan ke empat bandar di Indonesia

Oct 22, 2025 | 2:45 PM
Scoot, destination, flights, Indonesia
Syarikat penerbangan tempatan, Scoot, kini mengendalikan penerbangan ke 83 destinasi selepas mengumumkan empat laluan baru ke Indonesia yang akan bermula secara progresif antara Disember 2025 dengan Februari 2026. - Foto ST

Pelancong yang mahu pergi bercuti secara bajet kini mempunyai lebih banyak pilihan selepas syarikat penerbangan, Scoot, mengumumkan empat laluan baru ke Indonesia.

Empat laluan itu ialah Labuan Bajo, Medan, Palembang dan Semarang, dengan penerbangan akan bermula secara progresif antara Disember 2025 dengan Februari 2026, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan pada 15 Oktober.

Dengan perubahan itu, Scoot kini mengendalikan penerbangan ke 83 destinasi, termasuk Singapura - naik daripada 76 pada Ogos.

Pada Ogos, Scoot juga mengumumkan tiga laluan penerbangan baru, iaitu Chiang Rai, Thailand, serta Okinawa dan Haneda di Jepun, dengan perubahan itu akan bermula secara progresif antara Disember dengan Mac 2026.

Tiket penerbangan sehala bagi kelas ekonomi syarikat itu bermula daripada $170 ke Labuan Bajo, $108 ke Medan, $129 ke Palembang dan $125 ke Semarang.

Untuk destinasi seperti Medan, Scoot akan membuat penerbangan setiap hari ke bandar itu dengan pesawat siri Airbus A320 mulai 1 Februari 2026, lapor The Straits Times.

Syarikat itu juga mengumumkan lebih banyak penerbangan ke bandar serantau ke Bangkok dan Koh Samui di Thailand dan juga Bali, Manado, Surabaya, Yogyakarta dan Jakarta di Indonesia.

Scoot menyatakan bilangan penerbangan yang lebih tinggi itu adalah untuk menyokong permintaan perjalanan udara yang dijangkakan semasa tempoh cuti akhir tahun yang akan tiba.

Mulai Oktober, penerbangan ke Bangkok akan meningkat daripada 39 kepada 42 setiap minggu, manakala penerbangan ke Koh Samui naik kepada 28 kali seminggu bermula Disember.

Mulai Disember pula, Scoot juga akan meningkatkan penerbangannya ke Pulau Pinang, Malaysia, daripada 21 kepada 28 setiap minggu.

Destinasi lain yang akan menyaksikan peningkatan dalam bilangan penerbangannya termasuk Kota Kinabalu dan Sabah di Malaysia, dan Vientiane, ibu kota Laos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg