Nikmati persembahan muzik serantau, belajar tarian zapin dan fahami amalan menyambut dan melayani tetamu dalam budaya Melayu.

Itulah antara kegiatan yang boleh kanak-kanak lakukan bersama ibu bapa mereka di Festival Teroka Nusantara yang akan berlangsung di Taman Warisan Melayu (MHC) dari 6 hingga 8 November.

Festival yang diadakan buat julung kali itu menghimpunkan kisah, tradisi dan warisan bersama masyarakat Alam Melayu menerusi pelbagai persembahan, ceramah, bengkel dan kegiatan keluarga.

Bertemakan Rumah Orang Kita, festival itu mengajak pengunjung meneroka makna menjadi orang Melayu di Singapura dalam konteks dunia Melayu yang lebih luas.

Pameran seni

Acara ‘Rumah Orang Kita: Pameran Seni Nusantara’ diadakan pada 7 dan 8 November.
Acara ‘Rumah Orang Kita: Pameran Seni Nusantara’ diadakan pada 7 dan 8 November. - Foto MHC

Nikmati persembahan muzik dan tarian dari Singapura, Malaysia dan Indonesia menerusi acara kemuncak festival ‘Rumah Orang Kita: Pameran Seni Nusantara’.

Berteraskan tema festival, Rumah Orang Kita, persembahan sekitar 75 minit itu menampilkan kumpulan tarian dari rantau ini yang akan mempersembahkan tarian tradisional dan kontemporari dari tempat asal masing-masing.

Antara kumpulan yang bakal membuat persembahan ialah Orkes Nico (Singapura), Atrika Dance Company (Singapura), Yayasan Warisan Johor (Johor, Malaysia) dan Kepai Ruai (Kalimantan Barat, Indonesia).

Tarikh dan masa:

7 November: 3.00 petang – 4.15 petang dan 8.00 malam – 9.15 malam

8 November: 3.00 petang – 4.15 petang

Tempat: Auditorium, MHC

Bayaran: $30 (dewasa), $24 (pelajar sekolah rendah hingga universiti)

Beli tiket di: https://tnf26rok1.peatix.com

Bengkel tarian zapin

Bengkel tarian zapin untuk keluarga ini diadakan pada 7 November.
Bengkel tarian zapin untuk keluarga ini diadakan pada 7 November. - Foto ATTRIANS SINGAPORE

Dalam bengkel tarian zapin untuk keluarga ini, peserta cilik dapat meluangkan masa bersama ibu bapa sambil mempelajari langkah asas tarian zapin.

Dengan tunjuk ajar penari dari Attrians Singapore, peserta berpeluang mengenali gerak tari asas Zapin Asyiik, iaitu salah satu tarian zapin yang menjadi identiti Singapura.

Mereka juga akan mempelajari makna simbolik di sebalik beberapa gerakan tarian terpilih sebelum mencuba satu rutin koreografi ringkas bersama-sama.

Tiada pengalaman menari diperlukan untuk menyertai bengkel ini.

Tarikh: 7 November

Masa: 4.30 petang – 6.00 petang

Tempat: Bilik Gelam dan Sirih, MHC

Bayaran: $20 bagi setiap pasangan ibu bapa dan anak; $10 bagi setiap anak atau orang dewasa tambahan

Beli tiket di: https://tnf26zapin.peatix.com

Bengkel tradisi Melayu

Dalam bengkel ini, kanak-kanak akan diperkenalkan kepada corak tradisional, makanan Melayu serta amalan menyambut dan melayani tetamu dalam budaya Melayu.
Dalam bengkel ini, kanak-kanak akan diperkenalkan kepada corak tradisional, makanan Melayu serta amalan menyambut dan melayani tetamu dalam budaya Melayu. - Foto LITTLE RIMBA

Dalam bengkel keluarga ini, kanak-kanak berpeluang mengenali tradisi Melayu melalui pengalaman yang melibatkan pelbagai deria.

Dengan ibu bapa sebagai rakan peneroka, kanak-kanak akan diperkenalkan kepada corak tradisional, makanan Melayu serta amalan menyambut dan melayani tetamu dalam budaya Melayu.

Sebagai sebahagian daripada pengalaman bengkel anjuran Little Rimba ini, setiap peserta juga berpeluang menghasilkan bunga rampai sendiri untuk dibawa pulang.

Tarikh: 8 November

Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Bilik Gelam dan Sirih, MHC

Bayaran: $24 bagi setiap pasangan ibu bapa dan anak; $12 bagi setiap anak atau orang dewasa tambahan

Beli tiket di: https://tnf26rumah.peatix.com

Sesi bercerita

Ketahui kisah di sebalik nama Pulau Ubin menerusi cerita rakyat dalam program pada 8 November ini.
Ketahui kisah di sebalik nama Pulau Ubin menerusi cerita rakyat dalam program pada 8 November ini. - Foto MATIIN

Pernahkah anak anda bertanya, bagaimanakah Pulau Ubin mendapat namanya?

Ketahui kisah di sebalik pulau tersebut menerusi cerita rakyat yang menampilkan tiga haiwan, iaitu seekor katak, seekor babi dan seekor gajah.

Sesi penceritaan ini disampaikan oleh Matiin, seorang peserta program bimbingan Warisan Budaya Tidak Ketara anjuran MHC.

Selain mendengar kisah tersebut, peserta juga berpeluang menghasilkan kraf berbentuk haiwan kegemaran masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

Tarikh: 8 November

Masa: 1.30 petang – 3.00 petang

Tempat: Bilik Gelam dan Sirih, MHC

Bayaran: $12 bagi setiap pasangan ibu bapa dan anak; $6 bagi setiap anak atau orang dewasa tambahan

Beli tiket di: https://tnf26ubin.peatix.com

Persembahan muzik

Nikmati persembahan muzik secara langsung di sepanjang Baghdad Street pada 7 November.
Nikmati persembahan muzik secara langsung di sepanjang Baghdad Street pada 7 November. - Foto OMS

Nikmati persembahan muzik secara langsung di sepanjang Baghdad Street bersama Orkestra Melayu Singapura secara percuma.

Menerusi persembahan sekitar 45 minit ini, pengunjung berpeluang menghayati keindahan melodi dan seni kata lagu-lagu Melayu dari Singapura dalam susunan muzik yang menggabungkan unsur jazz dan muzik rakyat.

Tarikh: 7 November

Masa: 6.00 petang – 6.45 petang dan 9.00 malam – 9.45 malam

Tempat: Baghdad Street

Bayaran: Percuma

Reruai kebudayaan

Reruai kebudayaan ini mempamerkan tekstil tradisional, makanan, permainan dan alat muzik dari pelbagai tempat di rantau Nusantara.
Reruai kebudayaan ini mempamerkan tekstil tradisional, makanan, permainan dan alat muzik dari pelbagai tempat di rantau Nusantara. - Foto MHC

Kenali kepelbagaian budaya masyarakat di rantau Nusantara menerusi reruai kebudayaan yang mempamerkan tekstil tradisional, makanan, permainan dan alat muzik dari pelbagai tempat.

Antara lokasi yang diketengahkan di reruai kebudayaan Nusa Budaya Kita ini termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Aceh.

Setiap reruai memberikan gambaran tentang tradisi dan keunikan masyarakat setempat, di samping memperkenalkan adat resam serta warisan yang mempunyai persamaan dan menghubungkan masyarakat di seluruh rantau ini.

Tarikh: 7 dan 8 November

Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: Laman 1, MHC

Bayaran: Percuma

Kenali seni bina

Pengunjung boleh meneroka empat jenis rumah tradisional yang ikonik di Kepulauan Melayu menerusi ruang interaktif Rumah Kita.
Pengunjung boleh meneroka empat jenis rumah tradisional yang ikonik di Kepulauan Melayu menerusi ruang interaktif Rumah Kita. - Foto MHC

Apakah rupa dan bentuk rumah di serata Alam Melayu?

Pengunjung boleh meneroka empat jenis rumah tradisional yang ikonik di Kepulauan Melayu menerusi ruang interaktif Rumah Kita.

Antara rumah yang diperkenalkan ialah:

- Rumah Gadang dari Padang, Sumatera

- Rumoh Aceh dari Aceh, Sumatera

- Rumah Limas yang dikaitkan dengan Riau dan negeri-negeri Selat

- Rumah Joglo dari Jawa Tengah dan Jawa Timur

Panel maklumat yang disediakan turut memperkenalkan kisah, tradisi dan masyarakat di sebalik setiap jenis rumah.

Melalui pameran ini, pengunjung dapat mengenali kepelbagaian seni bina rumah tradisional serta memahami bagaimana konsep kediaman dan kehidupan berkeluarga berbeza mengikut masyarakat dan kawasan di rantau ini.

Tarikh: 6 hingga 8 November

Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: Laman 2, MHC

Bayaran: Percuma