Setiap hujung minggu, penyanyi dan penggiat dikir barat, Rico Setiabudi, serta adik-beradiknya, akan dibawa bapa mereka ke Geylang Serai untuk bersarapan atau bersiar-siar sambil membeli keperluan seharian.

Itulah nostalgia yang terpahat di ingatan Rico, 32 tahun, apabila menyentuh tentang kejiranan Geylang Serai yang sinonim dengan masyarakat Melayu buatnya.