Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘ALL STARS GEGAR VAGANZA’

Semua peserta belum tonjol kemampuan penuh: Juri

Peserta Singapura, Aliff Aziz dan Hady Mirza,
diminta tingkat keyakinan diri dan redakan tekanan di pentas
Oct 24, 2023 | 05:30 AM



Meskipun sudah masuk konsert minggu kelima All Stars Gegar Vaganza, prestasi peserta termasuk peserta asal Singapura, Aliff Aziz dan Hady Mirza, belum sampai ke tahap maksimum yang diharap-harapkan dengan penunjuk prestasi utama (KPI) belum sampai pada jangkaan panel juri.


Mengulas persembahan 13 peserta yang menyanyikan lagu ‘berhantu’ sejajar dengan tema ‘Misteri’ dan ‘Mistik’ pada dinihari Isnin, ketua juri, Datuk Ramli MS, yang ditemui pada sidang media sesudah konsert yang disiarkan secara langsung dari YouTube di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), berkata:

“Bayangkan kalau peserta yang dapat ‘Nombor 1’ (Liza Hanim) malam ini cuma dapat 70.5 peratus. Kami selalu beri markah 80 lebih, 90 lebih... tak tahu apa jadi kali ini. Agak rendah. Masih belum sampai KPI. Bukan nak kata tak bagus atau teruk tetapi ada banyak lagi belum ‘keluar’ daripada peserta. Semasa latihan, semuanya ‘cantik’.”

Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap pula menambah:

“Saya lihat ramai yang berfikir lebih daripada sewajarnya... nak buat apa... nak pakai baju apa... bagaimana nak selaraskan persembahan... sampai stres. Saya tengok semua macam tertekan. Satu perkara juga adalah kerana suasana pada malam ini.

“Mungkin terbawa-bawa dengan emosi sedih mengenang saudara kita di Gaza. Kami juri pun terasa.”

Seorang lagi juri, Hetty Koes Endang, pula menambah: “Saya faham akan kesedihan yang dirasakan tetapi sebab ini adalah pertandingan, maka semua perlu bangkit dan tunjukkan kebolehan... terus berjuang.”

Sebagai tanda memperingati jerih payah dan konflik berterusan penduduk Gaza pada Ahad, peserta dan juri All Stars Gegar Vaganza menyumbang kewangan kepada Tabung Amanah Kemanusiaan.


Satu persembahan lagu kerohanian Ku Mohon, dendangan asal Datuk Sheila Majid, disampaikan peserta peraduan dengan Liza Hanim, Noryn Aziz dan Jaclyn Victor tampil sebagai vokalis utama.


Antara perkara yang mengejutkan ramai adalah turunnya kedudukan Noryn, juara konsert minggu keempat kepada peserta di tangga ke-11 atau ‘3 tangga terbawah’. Apa yang berlaku? Markahnya 60.75 peratus

Menurut Syafinaz dan Hetty, persembahan Noryn dari segi susunan iramanya dan peralihan dari satu genre ke genre agak huru-hara dan tidak tersusun.

“Dari ‘swing’ ke ‘salsa’, saya tak dapat ‘tangkap’. Noryn belum ‘dapat’ apabila masuk ‘montuno’ (swing Latin), baru dapat rasa santai. Seakan-akan dia nak cepat beralih ke irama Latin. Sepatutnya harus relaks sahaja,” jelas Hetty.


“Agak berselerak persembahannya. Rasa bagi irama ‘swing’ tiada. ‘Ad lib’ (nyanyian dibuat spontan tanpa persiapan awal) bersepah. Cuma bahagian montuno tu okey,” ujar Syafinaz pula.


Menurut Ramli, beliau hairan mengapa Noryn tidak memberi sepenuhnya dan masih menyimpan kemahiran sebenarnya dari segi vokal sedangkan sudah sampai konsert minggu kelima.

Persembahan Aliff bagi lagu Datuk Jamal Abdillah, Penghujung Rindu, yang mendapat tempat kelima dengan markah 66.75 peratus dan Hady Mirza di tangga kesembilan dengan 62.75 peratus pula tidak sepi daripada kecaman warganet dan kata-kata membina juri untuk melihat lebih lagi daripada kededuanya.


Syafinaz menyatakan masih ada yang membuatkan Aliff teragak-agak atau kurang yakin meskipun berulang kali diberitahu beliau memiliki pakej suara, rupa dan karisma pentas yang lengkap untuk berjaya.

“Jika minggu lalu, awak dapat aliran tenaga positif daripada adik awak, Aisyah Aziz. Tapi minggu ini, saya lihat masih ada yang awak ‘tahan’ atau kurang yakin,” katanya.

Hady yang mempersembahkan lagu Wings, Biru Mata Hitamku, dengan gaya persembahan yang diringi penari ala klip video Michael Jackson, Thriller, pula ditegur kurang bertenaga dalam membawa lagu rok itu atau menari kaku di pentas.


Warganet Mojimojik yang memuat naik ciapan di wadah X (dulu dikenali sebagai Twitter), menulis: “Persembahan okey. Gerak tari, konsep baik. Suara boleh-boleh sahaja. Tapi tak ada klimaks sangat. Kalau dia suntik sesuatu yang ‘wow’, memang lebih baik.”

Seorang lagi pengguna X, Shahrul Izwan, pula menambah: “Hady Mirza kena beri lagu balada baru kedengaran ‘wow’. Lagu rancak ni, dia ‘kurang’ sedikit. Aliff Aziz pula... bekas juara dan sekarang peserta All Stars Gegar Vaganza. Tapi persembahannya macam terlalu asas.”


Dalam pada itu, ada juga peminat tegar Hady yang berasa keputusan itu tidak wajar dan menyalahkan keadaan penyanyi itu yang merupakan peserta pertama membuat persembahan sebagai punca nyanyiannya kurang mantap.

“Bingit betul. Dah diberi dua penyanyi Singapura berdendang dahulu, mestilah mereka gementar. Belum dapat momentum lagi,” kata Siti Badariah, pengguna X, yang mengharapkan persembahan dua penyanyi itu akan menampakkan kemajuan pada minggu keenam apabila diberi lagu pilihan peminat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >