Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentuhan Thai di Pizza Hut bagi yang gemar rasa masam, pedas

Sep 5, 2025 | 4:42 PM
‘Kickin’ Green Curry Pizza’ mengandungi potongan ‘Chicken Pop’, ayam pedas, bawang segar, hirisan cili padi merah dan keju mozarela.
‘Kickin’ Green Curry Pizza’ mengandungi potongan ‘Chicken Pop’, ayam pedas, bawang segar, hirisan cili padi merah dan keju mozarela. - Foto PIZZA HUT SINGAPORE

Pizza Hut kini menampilkan menu khas dengan sentuhan Thailand, melalui hidangan yang meraih inspirasi daripada makanan dari negara tersebut.

Dengan menu terhad hingga 9 November, pelanggan boleh mencuba, Kickin’ Green Curry Pizza, dan roti bakar Tom Yum Melts, gabungan yang direka khas untuk pencinta makanan pedas.

Tumpuan utama ialah Kickin’ Green Curry Pizza – piza dengan sos kari hijau Thai yang berlemak, ditambah dengan potongan Chicken Pop, ayam pedas, bawang segar dan keju mozarela.

Akhir sekali, hirisan cili padi melengkapkan setiap gigitan.

Bagi yang mahukan versi lebih mudah dimakan, Tom Yum Melts merupakan pilihan tepat.

Ia merupakan roti bakar rangup dengan isi sos tomato, mozarela, bawang manis dan ayam pedas, semuanya digabungkan dengan rasa tomyam yang masam pedas.

Dengan kehangatan dan keju yang menyelerakan, ia sesuai dikongsi atau dinikmati seorang diri.

Hidang lain termasuk, Kickin’ Green Curry Baked Rice dan Aroy Platter, yang sesuai untuk dikongsi.

Aroy Platter mengandungi Crispy Sidewinders seperti potato wedges (bebaji kentang yang goreng), ayam goreng rangup, dan Mozzarella Pops, sesuai untuk dicelup dalam sos tomato tomyam.

Sebagai pencuci mulut pula, orang ramai boleh mencuba Choco Banana Tarts, yang meraih inspirasi daripada lempeng pisang atau Thai Chocolate Banana Pancakes yang popular sebagai makanan jalanan di Thailand.

Tart ini sangat gebu dan bermentega, diisi dengan coklat dan puri pisang yang cair di dalam, serta dihiasi lapisan keju mozarela.

Manis, lemak dan bertekstur lembut, ia menjadi penutup yang sesuai selepas menikmati piza atau roti pedas dan berlemak.

Menu khas ini tersedia mulai 8 September.

Sebagai promosi pelancaran hingga 21 September, pelanggan boleh menikmati Kickin’ Green Curry Pizza saiz biasa pada harga $12.90 atau saiz besar dengan harga $18.90.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg