Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seronok teroka Tasmania nan permai

Jun 11, 2023 | 5:30 AM
KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI: Cik Mahani Mahmud menikmati suasana permai di lelapang menghijau Tasmania.
KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI: Cik Mahani Mahmud menikmati suasana permai di lelapang menghijau Tasmania. - Foto ihsan MAHANI MAHMUD

GEMBIRA bukan kepalang jurudandan dan penggiat seni Cik Mahani Mahmud apabila dapat menyambut Hari Raya dan Hari Ibu di Tasmania, Australia, baru-baru ini.

Sebabnya, cucunya juga ikut melancong buat kali pertama.

Australia bukanlah negara yang asing dikunjungi Cik Mahani, 50-an tahun. Sudah beberapa kali beliau ke Perth bagi menerima undangan menghiburkan orang Melayu di Australia khususnya pada musim Lebaran.

“Sebenarnya, ada beberapa perkara yang ingin saya lakukan di Australia. Antaranya adalah menyaksikan  Cahaya Selatan atau ‘Southern Lights’ yang juga dikenali sebagai ‘Aurora Australis’ di Tasmania, khususnya di kawasan Hobart.

“Saya sering mengikuti perkembangan fenomena ini di Facebook. Antara Mei dengan Julai, kebiasaannya akan ada cahaya selatan ini. Tapi malangnya, mungkin tiada rezeki kami. Kami sampai, hujan pula. Maka tak terlihat ‘Aurora Australis’ yang dinanti-nanti,” cerita Cik Mahani.

Bagi Cik Mahani, daya tarikan Tasmania adalah ia merupakan pulau yang 58 kali lebih besar daripada Singapura.

“Saya senang dengan ladang, bukit-bukau, pepohonan dan haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kuda di mana-mana. Cuma jalan ke Gunung Cradle berliku dan ada turun naiknya. Lebih selamat kalau ke sana pada waktu siang. Pada malam hari sangat ngeri,” kongsi beliau lagi.

Menurutnya ada banyak lagi tempat yang saujana mata memandang seperti Mount Wellington, Central Highlands dan Taman Negara Freyanet yang boleh dikunjungi mereka yang gemarkan alam menghijau.

“Ini hanyalah percutian singkat selama tiga hari. Itulah masa untuk kami bersiar-siar. Mungkin pada lain kesempatan, dapatlah teroka Tasmania lebih terperinci lagi,” kongsinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg